Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 19, 2024 @ 11:20am

Didakwa Kongsi Berita Kehamilan Terlalu Awal, Intan Najuwa Tampil Perjelas -“Saya & Suami Ada Parents, Jadi Mereka Lebih Tahu”

Selepas mengumumkan berita mengenai kehamilannya, pelakon Intan Najuwa tampil memberikan respons terhadap dakwaan warganet yang memgatakan dirinya terlalu awal berkongsi berita gembira tersebut kepada umum.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram Stories, Intan kelihatan berkongsi tangkap layar mesej langsung (DM) individu terbabit.

Dakwanya, Intan tidak sepatutnya berkongsi mengenai perkara itu terlalu awal, memandangkan ramai dalam kalangan rakannya mengalami keguguran selepas mengumumkan berita kehamilan mereka.

“Hai Intan, berkenaan kandungan awak… kalau masih 2 atau 3 bulan jangan expose dulu.

“Berdasarkan pengalaman kawan-kawan saya yang dah kahwin. Mereka excited kami faham sebab first baby. Lepastu mereka keguguran.

“Sebab itu ramai orang sembunyikan kehamilan mereka daripada orang awam dan hanya maklumkan kepada ahli keluarga biar mereka sahaja yang tahu untuk keselamatan baby,” katanya.

Tidak berdiam diri dengan pesanan yang diberikan, Intan bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa kandungannya kini sudah memasuki  fasa ‘second trimester’.

“Untuk yang DM, perut saya dah besar dah pun. Jadi tak mungkin 2 atau 3 bulan.

“Dan, saya tahu bila adalah masa yang tepat untuk unumkan. Saya dan suami ada parents, family yang lebih tahu. Of course mereka ada beri nasihat.

“Jadi semua benda yang kami buat of course dah plan siap-siap dan tahu baik buruknya.  Saya dah masuk second trimester dah pun. Alhamdulillah. Jadi jangan risau ya,” jelasnya.

Justeru, tidak mahu pengikutnya berfikiran negatif,  aktres itu sempat menitipkan pesan agar orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya dan juga bayi mereka.

Terdahulu, Intan mengumumkan dia kini sedang hamil anak pertamanya menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Intan memuat naik foto bersama suami beserta video ultrasound bayi dalam kandungannya.

Untuk rekod, Intan dan suami yang juga ahli perniagaan,  Datuk Azraf Azman selamat mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023.

Artikel Berkaitan:“Our Little Secret Is Finally Out!” – Intan Najuwa Umum Kini Hamil Anak Sulung

Artikel Berkaitan:Intan Najuwa Nafi Tak Bayar Gaji Pekerja – “Orang Songlap Duit, Hutang Saya Lagi Ada”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Dec 2018

Sebak Bawa Lagu Bisa Pertama, Izzmad Harun Terkenang ‘Adik Syurga’ Di Kampung

Walau bagaimanapun, Izzmad tahu adik kesayangannya itu mengerti penghijrahannya ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengubah nasib. Semoga terus berjaya…

Kes Mahkamah Mon, 18 Mar 2024

Rindukan Anak, Isteri Dakwa Safee Sali Bawa Keluar Dua Anak Sejak Februari

Fitria menyatakan dia hanya mengetahui keadaan anaknya menerusi sepucuk surat yang ditinggalkan dalam kereta bekas pemain bola tersebut pada 28 Februari lalu – Isteri Safee Sali

Trending Thu, 3 Dec 2020
Events Tue, 14 Apr 2020
Hiburan Tue, 10 Feb 2026

Gabungan Vokal Padu, ‘Mahal’ Jadi Taruhan Baharu Iskandar & Idayu

Bagi memastikan hasil terbaik, Iskandar menjalani sesi rakaman intensif termasuk latihan vokal

Featured Mon, 10 Jun 2019
Trending Fri, 9 Apr 2021
Featured Thu, 16 Aug 2018

KL Fashion Week 2018 Bagai Acara Untuk Selebriti, Bukannya Industri Fesyen

Standard KL Fashion Week ini sama saja seperti 6 tahun lalu.

error: Content is protected !!