Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 21, 2024 @ 6:41pm

Dapat Inspirasi Hadiri Majlis Perkahwinan, Syazwan Shuhaimi Muncul Dengan Cinta Ke Syurga

Lebih dua tahun diam tanpa buah tangan terbaharu, penyanyi Syazwan Shuhaimi tampil dengan single berjudul Cinta Ke Syurga.

Lagu ini merupakan hasil karya Aiman Sidek dan merupakan sebuah lagu yang menyentuh hati yang diinspirasikan dari majlis-majlis perkahwinan.

“Inspirasi lagu ini datang bila saya menghadiri majlis perkahwinan sama ada kawan-kawan atau saudara mara. Pasti akan ada ‘wedding anthem’ yang selalu dimainkan.

“Jadi saya terdetik untuk melahirkan satu ‘wedding song’ yang kena dengan momen-momen hari bahagia mereka dengan menggunakan lagu saya,” katanya.

Syazwan juga menjelaskan mesej yang ingin disampaikan melalui lagu ini adalah untuk meraikan cinta.

“Saya ingin meraikan kisah-kisah cinta orang ramai melalui lagu ini. Saya pasti semua hubungan percintaan bermula dengan pelbagai rintangan sebelum sampai ke hari pernikahan mereka.

“Jadi pasangan-pasangan bahagia ini perlu kita raikan dan didoakan semoga hubungan mereka baik-baik sahaja sehingga ke syurga,” ujarnya.

Menceritakan mengenai penghasilan lagu ini, Syazwan bekerja rapat dengan Aiman Sidek yang merupakan komposer bagi lagu yang sungguh Istimewa ini.

“Secara jujurnya, saya paling kurang bersedia untuk merakamkan lagu ini. Kerana waktu itu, saya belum pasti adakah betul keputusan saya menampilkan lagu ini sebagai lagu terbaru saya.

“Tambahan pula pada ketika itu, saya banyak melancong ke luar negara dan saya hanya sempat buat satu latihan sahaja sebelum masuk ke studio rakaman. Alhamdulillah, apabila sesi rakaman diadakan, semuanya dipermudahkan dan hasilnya sangat memuaskan hati,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Dec 2025

Buat ‘Gender Reveal’ Depan Kaabah, Tindakan Neera Azizi Undang Kecaman – “Bukan Nak Jadi Joykiller Tapi Kecewa”

Pelakon Neera Azizi menyorot perhatian selepas video pendek memperlihatkan tindakannya melakukan ‘gender reveal’ di depan Kaabah.

Trending Sun, 24 Apr 2022

Buat Pembedahan Plastik Tukar Wajah, Penjenayah Takut Dijejaki Polis

Lakukan pembedahan plastik elak ditangkap polis, 8 wanita dikehendaki.

Featured Fri, 26 Aug 2022

“Nak Protes? Seriously? Banyak Benda Lain Perlu…” – Nabila Huda Beri Respons Isu Halang Konsert Antarabangsa

Isu pergi konsert antarabangsa ni selalu jadi bualan netizen kan 😌 Apa pendapat korang?

Hiburan Mon, 30 Dec 2019

全马首创「天降大财神」派红包贺票房大卖!

配合贺岁电影《大财神》即将上映,电影公司让大财神「从天而降」让大众直接从他手中接过红包,寓意来年继续兴旺发,提早向大家拜年!

Hiburan Wed, 24 Jul 2019

Johan Mengaku Silap?

Kesian Johan..

Hiburan Thu, 29 Jan 2026

Shila Amzah Akui Tak Mudah Jadi Bintang Cilik, Beri Kesan Pada Mental – “Saya Sendiri Pernah Jumpa Doktor”

Shila Amzah berkata kehilangan pengalaman zaman kanak-kanak turut boleh memberi gangguan mental yang berpanjangan

error: Content is protected !!