Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 22, 2024 @ 1:15pm

Tinggal Komen Deep Buat Andi Arsyil Di IG, Puteri Sarah Siap Bagi Emoji Love – ” Tiada Gunung Terlalu Tinggi Buat Kamu Daki, Nikmatilah Hidupmu”

Pelakon popular, Puteri Sarah Liyana tampil meninggalkan komen ‘deep’ menerusi hantaran foto terkini yang dimuat naik pelakon popular Indonesia yang juga rakan perniagaannya, Andi Arsyil di Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, Andi kelihatan memuat naik fotonya yang pada ketika itu berada di Bromo Tengger Semeru, Indonesia.

“Gunung itu begitu dalam dan tinggi, itu seperti hati,” tulisnya.

 

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah komen yang ditinggalkan oleh aktres itu menerusi ruangan balas berkenaan.

Menurutnya, tidak ada apa yang mustahil dalam hidup ini melainkan menikmatinya.

“Tiada gunung terlalu tinggi buat kamu daki, tiada jurang terlalu dalam buat kamu turuni. Nikmatilah hidupmu,” balasnya beserta emoji love.
Terdahulu, hubungan kedua-dua pasangan ini mula menjadi perhatian apabila Sarah dan Andi kelihatan sering ‘kantoi’ dengan panggilan-panggilan mesra setiap kali sesi live berlangsung.
Namun, Sarah menerusi temu bual kepada media sebelum ini menjelaskan bahawa dia dan Andi hanyalah rakan kongsi sahaja, selain kerap bertemu secara profesional untuk tawaran perniagaan di Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#LaguXTRA Thu, 16 Mar 2023
Cahaya Mata Sat, 30 Dec 2023
Events Fri, 25 Feb 2022
Featured Wed, 11 May 2022
Featured Wed, 19 Mar 2025

Memang Legend! M. Nasir Cetus Sejarah, Cipta Raya ‘Konsert Spin Off Lagu Raya’ Pertama Dianjurkan Di Malaysia

Konsert ini akan menampilkan kira-kira 20 buah lagu, dengan 17 daripadanya bertemakan hari raya.

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Ini Sebab Sajat Marah Haters Secara Live!

Sebelum melakukan persembahan bersama penari-penari pilihan Sajat, beliau sempat lagi beramah mesra bersama peminat dan juga haters beliau secara live. Haa, tengok tu! Siap marah dan block haters tau. Jangan main-main!

Featured Wed, 15 Aug 2018

9 Fakta Menarik Tentang Maskara Yang Anda Tak Tahu

Dipercayai, wanita membelanjakan sebanyak RM12,000 untuk membeli maskara seumur hidupnya.

Trending Tue, 10 Apr 2018

Penampakan UFO Terbang Di Ruang Udara Texas?

Ia kelihatan seolah-olah sebuah pesawat tetapi mengeluarkan cahaya terang. Tidak dapat dipastikan sama ada itu roket atau UFO. Agak-agak korang apa ya?

error: Content is protected !!