Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 23, 2024 @ 11:57am

Bekas Isteri Andika Putera ‘Spill The Tea’… Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Dengan Staff Sendiri -“Dah Bersayang, Ber-B Bagai Tak Curang Ke?”

Bekas isteri kepada usahawan dan pempengaruh, Andika Putera iaitu Ananda Natasha tampil memberikan respons susulan kenyataan bekas suaminya yang menyangkal dakwaan berlaku curang ketika masih dalam perkahwinan sebagai fitnah besar.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram Stories, Natasha memaklumkan, dia mempunyai bukti berupa pesanan WhatsApp suaminya sejak tahun 2020 iaitu ketika anak tunggal mereka masih belum wujud lagi.

“Fitnah ke? Nak tunjuk sikit-sikit lah boleh ke? Apa susahnya cakap yes ada je.

“Dah bersayang-sayang, b bagai… Tak curang ke? Belum tunjuk yang tahun 2020 tau. Belum ada Alisha lagi,” katanya.

Dalam hantaran berlainan pula, dia turut mendedahkan bukti perbualan suami individu wanita berkenaan yang didakwa berlaku curang dengan bekas suaminya.

“Laki perempuan tu pun tak menafikan kecurangan tersebut. Nak nafikan apa lagi?,” jelasnya.

Meskipun seakan bersabar dengan kontroversi yang timbul sejak kebelakangan ini, Natasha bagaimanapun sempat memberikan pesanan buat Andika agar tidak menafikan isu curang melibatkan dirinya seperti yang dilaporkan media sejak Isnin.

Terdahulu, tindakan Ananda Natasha memuat naik beberapa video pendek di platform TikTok miliknya mencuri perhatian netizen apabila dia seolah-olah memberi gambaran tentang individu yang didakwa mengganggu rumah tangganya.

Malah, menerusi hantaran tersebut juga, dia turut menulis kapsyen berkaitan sahabat.

“Kawan adalah maut. Bukan ipar sahaja maut, orang sekeliling pun lagi maut,” kongsinya.

@anandanatashaa1Bukan ipar je maut, org sekeliling pon lagi maut hahhah

♬ Terek Bale (Remix) – DJ DESA

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 6 Aug 2019

‘Makan Pedas Sampai Meletop’- Cabaran PEDASSS Chick Yun Challenge Myeondong Topokki

Cabaran pedasss chick yun boleh buat perut korang meletop!

Trending Mon, 10 May 2021

Dolla Muncul Dengan Raya Raya Raya

Dolla yang sebelum ini pernah mendapat perhatian peminat muzik tanah air apabila muncul dengan single pertama, Dolla Make You Wanna, dan juga single kedua Impikan yang terus meningkatkan populariti mereka, kini kembali mempertaruhkan bakat mereka […]

Hiburan Wed, 12 Feb 2025
Featured Fri, 13 Sep 2024

Fazura Kongsi Kata-Kata Di IGS – “Jika Sesuatu Yang Kau Senangi Tak Terjadi, Maka Senangilah Apa Yang Terjadi”

Seakan reda, rumah tangga yang dibina selama 7 tahun berakhir dengan perpisahan 💔

Featured Tue, 4 Oct 2022
error: Content is protected !!