Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 23, 2024 @ 6:26pm

Penceraian Beri Tamparan Hebat… Datuk Red, Adira Suhaimi Rancang Nikah Aidilfitri Depan – “Nak Selesaikan Hutang Dahulu”

Usahawan, Datuk Red memaklumkan dia mempunyai perancangan untuk mengahwini semula bekas isterinya, penyanyi Adira Suhaimi.

Kata Datuk Red atau nama lengkapnya Datuk Seri Adnan Abu perpisahan yang berlaku sebelum ini disifatkan sebagai satu tamparan hebat buat dirinya untuk memperbaiki hubungan mereka.

Memetik laporan Harian Metro, Datuk Red dan Adira difahamkan sudah lima hari kembali menyulam cinta selepas sah bercerai pada April lau.

“Saya lelaki paling bahagia sekarang ini. Hari ini sudah masuk hari kelima saya dan Adira menyulam cinta.

“Hidup saya lebih indah sekarang. Saya tak berhenti tersenyum bahagia. Hari ini sudah masuk hari kelima saya dan Adira menyulam cinta. Alhamdulillah.

“Perpisahan yang berlaku mengajar saya untuk menjadi lebih baik. Adira nampak segala perubahan yang cuba saya lakukan sepanjang dalam tempoh perceraian ini.

“Saya sudah berbincang dengan keluarga dan adik-beradiknya, mereka bersetuju untuk kami kembali bersama.

“Jika tiada aral melintang, saya akan memperisterikan semula Adira pada Aidilfitri tahun depan. Saya ambil masa ini kerana nak selesaikan hutang-hutang saya dahulu.

“Insha-Allah saya dan Adira turut merancang untuk mengadakan majlis resepsi di sini jika semuanya berjalan dengan lancar,”katanya,” katanya.

Mengulas lebih lanjut Datuk Red turut memaklumkan dia tidak mempunyai niat untuk mencari calon isteri baharu dek masalah kewangannya yang masih berhutang.

Dalam masa sama, Datuk Red berkata, dia memang tiada niat untuk mencari calon isteri yang baharu.

“Nak berkahwin dengan orang baharu, semua itu tidak akan berlaku. Semua sedia maklum saya ada hutang yang berlambak.

“Tambah pula, usia saya bukan muda lagi. Jadi saya hanya selesa dengan individu yang pernah bersama saya,” katanya.

Adira Suhaimi

Dalam masa yang sama, Datuk Red menjelaskan dia tidak menyingkirkan bekas isteri pertamaya, Sharifah Norshafila seperti didakwa oleh segelintir pihak.

Jelas Datuk Red, hanya Adira seorang sahaja yang terbuka hati untuk menerimanya kembali.

“Mereka tak tahu apa yang terjadi dalam rumah tangga saya sedangkan dalam tempoh idah sebelum ini saya membuka peluang kepada kedua-dua bekas isteri untuk bersama dengan saya semula.

“Kalau nak singkirkan bekas isteri pertama buat apa saya nak beri peluang itu. Tapi  hanya Adira terbuka hati untuk bersama saya semula.

“Lagipun bukan saya yang nak bercerai, sebaliknya kedua-dua bekas isteri yang memfailkan perceraian dan saya akur dengan keputusan yang mereka lakukan,” tuturnya lagi.

@rozieyanti

semoga dipermudahkan urusan tok n ami amin #abgred #adirasuhaimi #doayangbaikbaik #fypシ゚viral @abg red @adirasuhaimi.AMI

♬ Sayang – pakeka project

Sekadar info, Adira dan Datuk Red bercerai talak satu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga pada 24 April lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Artikel Berkaitan: Unfollow Datuk Red Di Media Sosial, Adira Suhaimi Nak Jaga Pandangan & Hati

Artikel Berkaitan: Tempoh Idah Dengan Bekas Isteri Kedua Selesai, Datuk Red Kenang Jasa Adira Suhaimi – “Terima Kasih Sayang Jadi Asbab Saya Dikenali, Boleh Berniaga…”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] “Hensemnya Laki Orang, Gagah!” – Silat Fattah Amin ‘Pukau’ Peminat

Fuhhhh, machonya Fattah Amin bersilat! Untunggg Fazura 🤪

Trending Fri, 5 Mar 2021

Haiza Ceritakan Kisah Perempuan Gila Talak

Setelah dua tahun tidak menghasilkan lagu baharu, penyanyi dan penyampai radio, Haiza akhirnya menarik nafas lega apabila lagu mengeluarkan lagu baharu berjudul Mantan Isterimu baru-baru ini. Lagu yang sudah pun berada di semua platform digital […]

Featured Mon, 13 Jan 2025

Amira Othman Perjelas Dakwaan Bercinta, Mengaku Hanya Tumpang Populariti Fattah Amin

Hubungan mesra yang terjalin antara dirinya dan Fattah hanyalah atas urusan kerja sahaja.

Contest Wed, 9 Jan 2019

#xtra好康头 | 送你《诸事大吉颂Happy》贺岁专辑+红包封+Jasmine新阳香米

#xtra好康头 送你《诸事大吉颂Happy》贺岁专辑、红包封以及Jasmine新阳香米,伴你过个大肥年!

#tilljannah Sat, 29 Oct 2022

“Dia Terima Aku Seadanya…” – Intan Saleh Syukur Dipertemukan Dengan Pasangan Baik

Sebelum ini, usahawan dan personaliti media sosial, Intan Saleh pernah berdepan dengan peristiwa hitam dalam hidupnya apabila perkahwinan terdahulu tidak kekal lama. Namun, setelah tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan berjumpa dengan pelengkap hidup baru […]

Trending Sat, 28 Nov 2020
error: Content is protected !!