Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 24, 2024 @ 1:57pm

Mengupas Realiti Dunia Kewangan Dengan Penuh Gaya, Saksikan Debut K-Drama ‘The Auditors’ Di Tonton

K-drama atau drama Korea memang digemari oleh penonton di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Dengan jalan cerita yang menarik, produksi berkualiti tinggi, dan lakonan mantap, K-drama berjaya menarik perhatian penonton dari pelbagai lapisan masyarakat.

The Auditors adalah salah satu K-drama yang dinanti-nantikan tahun ini, menambah senarai drama popular yang telah mencapai tahap wajib tonton di kalangan peminat K-drama sementelah lagi ia telah menduduki carta teratas dan mencetus perbincangan hangat serta ulasan positif daripada pengkritik dan penonton.

Drama yang dinanti-nantikan ini menjanjikan plot yang penuh dengan aksi, komedi, misteri, dan konflik yang mendebarkan serta barisan pelakon hebat yang pastinya akan memikat hati penonton.

Ayuh saksikan The Auditors yang kini ditayangkan di saluran linear tvN Asia melalui Tonton setiap hari Ahad dan Isnin, pada pukul 9.15 malam, hanya selepas 24 jam selepas siarannya di Korea! Episod pertama drama ini ditayangkan pada 7 Julai dan setiap episod tersedia untuk ditonton semula di platform Tonton sehingga 30 hari.

Drama menarik The Auditors ini menyingkap tentang kehidupan sekumpulan juruaudit yang terlibat dalam penyiasatan kes penipuan korporat besar-besaran di JU Construction, sebuah syarikat yang korup. Drama ini bukan sahaja menampilkan plot yang kompleks dan penuh dengan liku-liku, tetapi juga memperlihatkan hubungan peribadi dan konflik antara watak-watak utamanya.

Dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Shin Ha-kyun yang melakonkan watak Shin Cha-il, ketua pasukan audit yang tegas dan berprinsip. Bersama-sama beliau ialah bintang muda yang sedang meningkat naik Lee Jung-ha sebagai Goo Han-soo, pekerja baharu yang bersemangat, Jin Goo sebagai Hwang Dae-woong yang bercita-cita tinggi, dan Jo A-ram sebagai Yoon Seo-jin yang degil.

Shin Cha-iI, ketua pasukan audit di JU Construction, terkenal dengan sikapnya yang dingin, ketidakpercayaan terhadap orang lain dan tegas membuatkan beliau sentiasa membuat pertimbangan yang tajam dan tepat.

Pasukan audit ini juga terdiri daripada seorang pekerja baharu, Goo Han-soo (Lee Jung-ha), seorang yang sangat mesra dan baik hati, bertentangan sifat dengan ketua pasukannya. Goo Han-soo bercita-cita untuk berpindah ke cawangan syarikat di Florida, bekerja sepenuh hati untuk mengembangkan kemahirannya dan membantu dalam pasukan audit ini.

Seorang lagi pemuda yang sangat berdedikasi dan bercita-cita tinggi dalam kerjayanya, Yoon Seo-jin (Jo A-ram). Personalitinya yang individualistik berbeza dengan Goo Han-soo, walaupun mereka bekerja bersama.

Manakala Hwang Dae-woong (lakonan Jin Goo), adalah Naib Presiden JU Construction yang memasang cita-cita untuk mengatasi dua abangnya dengan mengambil alih tugas sebagai presiden.

Yoon Seo-jin dan Hwang Dae-woong merupakan sahabat baik sejak kecil. Namun sifat mereka yang profesional ketika bekerja membuatkan mereka seolah-olah tidak mengenali sesama sendiri di tempat kerja.

Syarikat JU Construction sering menghadapi kehilangan wang sehingga bilion won. Maka di sinilah bermulanya tanggungjawab pasukan audit ini menyelidik setiap butiran dalam penyelewengan wang yang akhirnya membongkar rahsia syarikat.

Mereka terpaksa menyelidik dan memutuskan siapa yang perlu dipercayai dan siapa yang mereka syaki terlibat dalam penyelewengan wang syarikat. Dapatkah pasukan audit ini membongkar penyelewengan dan mencari kebenaran yang sebenar?

Drama ini menawarkan sesuatu yang unik dan berbeza, dengan plot yang mendalam dan lakonan yang mantap. Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan The Auditors dalam platform Tonton yang kini juga boleh di strim secara HD eksklusif di Smart TV atau, muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Jun 2025

[VIDEO] Cik B Latih Muay Thai, Bodyguard Serah Badan Jadi ‘Puching Bag’

Cik B berlatih Muay Thai, bodyguard jadi punching bag

Hiburan Thu, 8 Sep 2022

Muat Naik Foto Patung Berhala Di Twitter, Shah Rukh Khan Cetus Amarah Peminat Muslim?

Tiada paksaan agama di rumah dan mereka meraikan semua perayaan – SRK

Trending Fri, 22 Dec 2017

Pertemuan Di Dalam Grab, Sanggup Kejar

Dari Pertemuan Di Dalam Grab, Kisah Sweet Yang Terjadi Buatkan Lelaki Morocco Jatuh Cinta Dan Sanggup Kejar Wanita Ini

Trending Sun, 1 Jul 2018

Presiden Umno Hadir Ke SPRM

Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, diambil keterangan oleh SPRM selepas diarahkan hadir oleh badan pencegah rasuah itu semalam.

Hiburan Wed, 23 Nov 2022

“Lupa Nak Turn!” – Gelagat Neelofa & Nurin Afiqah Ikut Trend TikTok Buat Netizen Terhibur

Pempengaruh Nurin Afiqah sedang mengikuti trip bersama dengan Neelofa untuk sebuah jenama yang diusahakan oleh selebriti itu. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Nurin di laman TikTok sehingga berjaya meraih perhatian. Menerusi […]

Trending Tue, 21 Apr 2020

MKI Umum Tiada Solat Terawih Di Seluruh Negara Ramadan Ini

Ini hakikat yang terpaksa diterima..

Hiburan Tue, 15 May 2018

Zul Ariffin Dah Mula Rimas?

Sekarang filem bergenre aksi sudah semakin mendapat permintaan sekali gus menyebabkan penerbit semakin berani mencuba genre ini. Alhamdulillah (dengan perkembangan ini) pelakon macam saya ada tempat di industri.

Hiburan Sun, 4 Feb 2024
error: Content is protected !!