Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 24, 2024 @ 7:28pm

“No Komen, Busy Shooting & Pakai Sunscreen!” – Isu Disaman Armani Entertainment Sebanyak RM500,000, Michael Ang Tampil Bersuara

Pengarah sensasi, Michael Ang tampil bersuara berhubung kes saman akibat melanggar kontrak perjanjian daripada syarikat pengurusan Armani Entertainment berjumlah RM500,000.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Michael menyerahkan isu tersebut kepada pihak peguam yang mewakilinya.

“Biasa lah orang atau artis kena saman. Dia orang fikir dia orang betul dan saya fikir saya betul.

“Buat masa sekarang, saya tak ada komen biar peguam yang selesaikan. Banyak lagi masalah kan Malaysia dari kes saman,” katanya.

Sementara itu di ruangan kapsyen Michael memohon maaf kepada pihak wartawan kerana tidak menjawab panggilan mereka bagi mendapatkan kenyataannya.

Kata Michael, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran.

“Minta maaf kepada wartawan yang saya tak sempat jawab atau balas. Ini saja kenyataan daripada saya ya.

“Tengah sibuk shooting dan pakai sunscreen jaga kulit sebab shooting kat tengah panas!,” tulisnya ringkas.

Michael Ang

Difahamkan, pihak Armani Entertainment meminta semula bayaran RM500,000 daripada pihak Michael Ang selepas dia melanggar beberapa tugas dalam kontrak perjanjian strategik antara mereka yang terjalin sejak 1 Oktober 2021.

Artikel Berkaitan: Didakwa Langgar Kontrak, Armani Entertainment Tuntut Michael Ang Bayar RM 500,00

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 2 May 2020
Trending Tue, 22 Feb 2022

Farahdhiya Pilih Rapper Korea Selatan

Penyanyi Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 38, mengambil keputusan untuk tampil dengan sesuatu yang berbeza apabila muncul dengan single terbaru berjudul Tewas. Lagu Tewas yang bergenre Electronic Dance Music (EDM) menggunakan tiga bahasa […]

Events Fri, 14 Dec 2018

马台共制《爱玩客-分开旅行》阿哲生吃活虫!

马台共同制作《爱玩客-分开旅行》旅游行脚节目!大马艺人陈泽耀生吃活虫「先咬了头,之后……」

Featured Tue, 24 Dec 2024

Sambut Ulang Tahun Pertama Perkahwinan, Syafie Naswip Dedah Isteri Alami Keguguran

Ayie mendedahkan isterinya mengalami keguguran empat bulan lalu.

Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Bapa Aizat Amdan Meninggal Dunia

Al- Fatihah buat Datuk Amdan Bin Hj Mat Din…

Hiburan Wed, 22 Jan 2020

Tersentuh Nampak Akim…Kenapa Kak Lina Pom Pom Menangis?

Bagusnya Akim, sanggup datang walaupun penat!

error: Content is protected !!