Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 24, 2024 @ 10:20am

Dirasmikan oleh CEO FINAS, Malaysia Anjur Kejohanan BEYBLADE X Sea Cup Buat Julung Kalinya

Meraikan ulang tahun ke-25 permainan gasing moden dari Jepun, BEYBLADE, seluruh peminat Asia Tenggara berkumpul bagi menyaksikan BEYBLADE X Southeast Asia Cup (SEA Cup).

Dirasmikan oleh Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), BEYBLADE X SEA Cup 2024 yang dianjurkan di Sunway Pyramid, baru-baru ini merupakan kejohanan serantau pertama selepas pelancaran BEYBLADE X pada tahun 2023.

“Di FINAS, kami komited untuk menyokong dan mempromosikan industri kreatif tempatan, dan kami menggalakkan lebih ramai pemain tempatan untuk bekerjasama dengan jenama mega antarabangsa seperti BEYBLADE.

“Ia bertujuan untuk menambah baik industri kreatif kita dan membuka pintu untuk belajar daripada kejayaan jenama-jenama seperti BEYBLADE bagi mempertingkatkan pengalaman penonton baik di dalam negara mahupun di peringkat global,” kata Azmir ketika merasmikan pertandingan tersebut.

Wakil pelbagai negara seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, dan Indonesia bertanding dalam dua kategori iaitu kategori junior untuk umur enam sehingga 12 tahun dan kategori terbuka untuk umur 13 tahun ke atas.

Para peserta setiap kategori berentap untuk menjuarai pertandingan dan memperoleh hadiah unik, sebuah Rare Bey .COBALTDRAKE 4-60F.

Menjelang SEA Cup, setiap negara yang menyertai menganjurkan kejohanan tempatan (dipanggil G1) untuk memilih pesaing terbaik mereka. Pemenang dan naib johan dari Kategori Junior, bersama dengan pemenang dari Kategori Terbuka, terpilih untuk bertanding di SEA Cup.

Acara G1 ini, yang terkenal dengan skala yang lebih besar dan taruhan yang lebih tinggi, menyaksikan pertarungan sengit apabila pesaing berjuang untuk peluang mewakili negara masing-masing.

Hadiah untuk tiga pemenang teratas dalam setiap kategori G1 termasuk versi emas, perak, dan gangsa DRANSWORD 3-60F. Dalam SEA Cup yang julung kali diadakan, pemenang pertempuran individu membawa pulang trofi dan Beyblade khas, Special Bey – Cobalt Drake 4-60F, manakala pasukan juara dalam pertempuran berpasukan dianugerahkan pingat juara.

Sorotan utama majlis ialah pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) antara TAKARATOMY dan ADK Emotions Inc., kedua-duanya dari Jepun, dengan dua syarikat tempatan, Animasia Studio Sdn. Bhd. dan One Universal Production Sdn. Bhd. (OUP).

MOU tersebut menggariskan peranan dan objektif mereka: TAKARATOMY sebagai pemberi lesen & mainan utama, ADK Emotions Inc. sebagai pemberi lesen, Animasia sebagai pemegang lesen utama jenama BEYBLADE (bukan mainan, penerbitan & acara) di Malaysia, Indonesia, Singapura & Brunei, dan OUP sebagai penganjur acara, rakan promosi dan pembangunan jenama.

Kerjasama ini bertujuan untuk memudah carakan penganjuran acara BEYBLADE X berskala besar di Malaysia dalam tempoh tiga tahun mendatang, mengembangkan jenama BEYBLADE melalui perkongsian strategik dan inisiatif pemasaran, dan berhubung dengan peminat tempatan, dengan Litt Tak Sdn. Bhd. bertindak sebagai pengedar mainan rasmi di Malaysia.

Usahasama ini juga bertujuan untuk menarik lebih ramai peminat di seluruh rantau Asia Tenggara, mendekati penyokong setia BEYBLADE, dan merekrut pemain baru melalui acara serantau sekaligus mempromosikan BEYBLADE X sebagai sejenis sukan kompetitif.

Penganjuran kejohanan ini juga diiringi dengan pelancaran siri TV BEYBLADE X terbaru di Astro CERIA, yang mula ditayangkan pada 18 Julai. Siri ini mengikuti pengembaraan watak-watak utama, Kurosu Ace, Kazami Bird, dan Nanairo Multi dalam mengharungi pelbagai cabaran untuk menakluki X Tower.

Siri ini juga bekerjasama dengan kumpulan rock terkemuka Jepun, ONE OK ROCK untuk lagu tema ‘PROVE’ dan kumpulan K-Pop Korea AESPA untuk lagu penutup ‘Zoom Zoom’, memanfaatkan populariti kedua-dua kumpulan muzik tersebut untuk menarik minat lebih ramai penonton.

BEYBLADE X SEA Cup bukan sahaja mempamerkan semangat kompetitif dan bakat peserta tetapi juga menyerlahkan usaha kerjasama pemain industri tempatan dan antarabangsa dalam mempromosikan dan mengembangkan jenama BEYBLADE di Asia Tenggara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 11 Apr 2022
Hiburan Tue, 4 Apr 2023

Dolla Tak Cemburu Rezeki Antara Satu Sama Lain

Baguslah sokong antara satu sama lain

Trending Mon, 12 Oct 2020
Trending Thu, 18 Feb 2021

Dah Tak Jadi Singa Kat Rumah! Ibu Bapa Beri Komen Positif Mengenai DidikTV

Mula bersiaran semenjak semalam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM menerusi saluran ntv7. Ia merupakan usaha memperkasakan Sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sedia ada […]

Featured Fri, 30 Sep 2022
Program TV Mon, 4 May 2020

‘HeroKu’ Bawa Penonton Selami Pengorbanan ‘Frontliners’

Jangan ketinggalan untuk tonton HeroKu gais!

error: Content is protected !!