Euforia Bola 2026
Featured By: Dhia Iwana July 25, 2024 @ 9:32pm

“Penting Untuk Menekankan Aspek Pemulihan Kepada Pesalah…”- SUHAKAM Bantah Hukuman Gantung Sampai Mati Ke Atas Enam Bekas Penuntut UPNM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) membantah hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu.

Memetik laporan Berita Harian, SUHAKAM berpandangan hukuman mati bukan penyelesaian yang adil dan berkesan ke atas pesalah-pesalah itu.

Atas dasar itu, SUHAKAM meminta kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan hukuman mati tersebut.

“SUHAKAM mengucapkan takziah kepada keluarga Zulfarhan dan maklum akan keputusan Mahkamah Rayuan, baru-baru ini.

“Namun gantung sampai mati adalah hukuman yang tidak boleh diubah dan tidak memungkinkan berlakunya pemulihan sekiranya ada kesilapan kehakiman.

“Ia juga bertentangan dengan gerakan global ke arah pemansuhan hukuman mati yang diakui banyak negara sebagai tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia,” katanya dalam satu kenyataan.

Selasa lalu, panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin sebulat suara memutuskan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut UPNM.

Ia diputuskan selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, SUHAKAM menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan itu menandakan detik menyedihkan dan penting dalam sejarah kehakiman Malaysia.

“Dalam konteks ini, penting untuk menekankan aspek pemulihan kerana cara itu boleh membawa perubahan kepada pesalah menjadi masyarakat yang lebih bertanggungjawab.

“Pendekatan ini bukan sahaja menangani punca kelakuan ganas tetapi juga membantu mencegah kejadian sama pada masa depan dengan menggalakkan persefahaman, empati dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pesalah.

“Komitmen kami terhadap hak asasi manusia memberi mandat buat kami menyokong pemansuhan hukuman mati,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

“Kalau Ada Yang Ganggu, Aku Terpaksa Jadi Tegas” – Pengawal Peribadi Utamakan Keselamatan Fazura

Shahaszrin berkata dia tidak menghiraukan segala kritikan terhadap Fazura, paling utama adalah keselamatan selebriti itu

Hiburan Wed, 1 Jul 2026

“Tak Ada Kaitan Dengan Bapa Dia, Aku Yang Besarkan Sampai Boleh Berlari!” – Rita Rudaini Berang Nama Bekas Suami Dikaitkan Dengan Kejayaan Anak

, Rita Rudaini membidas kenyataan seorang individu yang mengaitkan kejayaan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, dengan bekas suaminya, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan.

Featured Mon, 20 May 2024
Trending Sat, 28 Dec 2019

Gred Peperiksaan Di Korea, Markah 70 Dah Gagal?

Adakah ini diantara sebab kenapa mempunyai jumlah kes bunuh diri tertinggi di dunia?

Featured Sun, 25 Jun 2023
Hiburan Thu, 29 May 2025
Featured Tue, 18 Oct 2022

Dr Amalina Bakri Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Comelnya baby Arabella Mia! Tahniah Dr Amalina

error: Content is protected !!