Euforia Bola 2026
Featured By: Dhia Iwana July 27, 2024 @ 11:02am

“Saya Merajuk Sikit.. Kenapa Industri Kita Masih Di Tempat Sama?”- Pierre Andre

Biarpun lebih sedekad berkarya dalam dunia hiburan ini, pelakon dan pengarah, Pierre Andre, 39, menyifatkan industri tempatan kita masih di tempat yang sama dan tidak mempunyai asas yang kuat.

Menurut Pierre atau nama sebenarnya, Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, biarpun ada banyak badan bukan kerajaan yang mempertahankan industri perfileman, namun tiada perubahan yang dapat dilihat.

“Sebenarnya saya ada sedikit merajuk dari indsutri, saya tertanya kenapa industri kita masih berada di tahap yang sama, ibarat tiada asas yang kuat.

“Walaupun kita ada NGO yang cuba mempertahankan, tapi industri kita tetap sama dan tiada perubahan,” katanya.

Pierre ditemui XTRA ketika majlis pelancaran trailer dan OST filem Jangan Pandang Belakang 2 di Starling Mall, Petaling Jaya pada Khamis.

Bagaimanapun, pengarah itu tetap mengakui yang keadaan menjadi lebih baik pada masa sekarang sejak hadirnya beberapa pengarah besar seperti Adrian Teh, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof.

Menurutnya, kehadiran nama-nama besar dalam industri perfileman ini sedikit sebanyak menambahkan ‘warna-warni’ dalam dunia ini.

Sebelum ini, pengarah itu mengambil keputusan untuk menyepi dari industri seni selama 10 tahun kerana mahu fokus membesarkan dua cahaya matanya.

Dalam pada itu, filem Jangan Pandang Belakang 2 yang bakal ditayangkan di pawagam akan datang merupakan buah tangannya sebagai tanda kemunculan semulanya sebagai pengarah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Feb 2023

20% Mata Kiri Alami Kerosakan Akibat Lakon Babak Aksi, Ben Amir Akui Tertekan

Alahai, mata pulak tu yang terkesan. Moga baik-baik sahaja.

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Selebriti Thu, 27 Jul 2023
Contest Mon, 25 Oct 2021

Kamal Adli & Ain Edruce Hos Baru Program Lagu Cinta Kita Musim Ke-3!

Diadaptasi daripada program popular CJ ENM, ‘Love At First Song’, program ‘hybrid music dating’ yang dinamakan sebagai Lagu Cinta Kita versi Malaysia kini kembali untuk musim ke-3 (LCK3). Bersiaran selama 8 episod, LCK3 akan menampilkan […]

Hiburan Sat, 8 Feb 2020

POWER! Persembahan Interlude #AJL34 Yang Mengimbau Kenangan, Confirm Korang Akan Sing Along!

Kalau nak throwback lagu karya Dato’ M. Nasir, memang banyak sangat.

error: Content is protected !!