Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir September 11, 2023 @ 11:35am

Gara-Gara Berkongsi Pengalaman Hilang Kena Sorok ‘Bunian’, Tom Kesal Dituduh ‘Isap Gam’

Penyanyi Tom akui menyesal berkongsi pengalaman sewaktu kecil yang dipercayai hilang disorok ‘bunian’.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, insiden tersebut semasa dia masih kecil dan berlaku di kampung halamannya di Kuala Kangsar, Perak.

Namun, pelbagai reaksi daripada netizen apabila tajuk yang dikeluarkan portal hiburan seakan ia berlaku dalam waktu terdekat.

Malah, ada yang mendakwa dirinya hanya berkhayal gara-gara di bawah pengaruh dadah.

“Menyesal aku up story lama. Habis segala wartawan, blogger buat story tajuk. Tajuk pulak tak clear. Last-last aku kena kutuk dengan netizen.

“Masing-masing baca tajuk ingat aku hilang baru-baru ini feeling kena sorok bunian. Free-free orang ingat aku isap gam,” ujarnya.

Pada masa sama, dia memberitahu sedang merajuk dan tidak akan berkongsi apa-apa selepas ini.

“Sumpah menyesal up story. Pasni tak nak cakap apa-apa dah. Merajuk,” katanya.

Terdahulu, Tom berkongsi pengalaman disorok dan menggambarkan perkampungan ‘bunian’ berkenaan.

“Tapi apa yang Tom ingat, masa tu Tom berada di sebuah perkampungan, pasirnya berwarna putih bersih, rumahnya dekat-dekat antara satu sama lain dan bumbungnya bentuk segi tiga.

“Rumahnya kecil sahaja dan pintunya ditolak dari bawah ke atas dan diperbuat daripada daun. Penghuninya semua perempuan dan mereka sambut dan pujuk Tom yang sedang menangis ketakutan ketika itu.

“Mereka semua pujuk dan dukung Tom sambil ajak menyanyi dengan mereka. Selepas itu, Tom sudah tak ingat apa-apa,” ujarnya yang hanya mengetahui selepas ahli keluarga kecoh tentang berita kehilangannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 8 Oct 2020
Featured Mon, 19 Jan 2026

“Saya Tidak Salahkan Sesiapa, Allah Pilih Bumi Anbiya Sebagai Tempat Terakhirnya” – Suami Allahyarham Nadia Kesuma

Meskipun sedih dengan pemergian isteri tercinta, Nadia Kesuma, suaminya, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah menzahirkan rasa reda dengan ujian yang menimpa.

Featured Wed, 22 Feb 2023
Hiburan Wed, 23 Jan 2019
Featured Thu, 11 Nov 2021
Trending Tue, 19 Mar 2024

Ada Ke Patut Digunting-Guntingnya Telekung Nenek Dia? Haihh, Cucu.. Cucu..

Telekung ni dah menjadi kelengkapan wajib bagi setiap wanita Muslim. Selain menjadi alat kelengkapan solat, ia juga merupakan lambang cinta abadi pada setiap sujud hamba kepada Tuhannya. Bagi wanita, setiap telekung mempunyai keistimewaan dan nilai […]

error: Content is protected !!