Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin July 27, 2024 @ 11:30am

Bapa Arwah Zulfarhan Mengaku Pernah Ambil Tindakan Saman Terhadap UPNM

Bapa kepada Pegawai Kadet Laut, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman mengaku pernah mengambil tindakan saman terhadap pentadbiran Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada tahun  2022, namun terpaksa dilupakan.

Katanya, perkara berkenaan terpaksa dilupakan kerana pihaknya berdepan dengan kerenah birokrasi pihak tertentu yang melambatkan dokumen sehingga tarikh saman tamat.

“Saya ada buat (tindakan) saman kepada pihak UPNM tetapi oleh kerana birokrasi pihak tertentu yang melambatkan dokumen menyebabkan tarikh saman berkenaan tamat.

“Tarikh tamat saman berkenaan adalah tiga tahun daripada tarikh kejadian dan tindakan saman berkenaan dilakukan melalui peguam saya ketika itu,” katanya kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Arwah Zulfarhan Osman Mahu Bomoh Terima Hukuman Setimpal – “Saya Nak Biar Dia Rasa Apa Yang Anak Saya Rasa”

ARTIKEL BERKAITAN:Rita Rudaini Dakwa Tindakan SUHAKAM Tidak Adil? – “Mana Hak Asasi Arwah Zulfarhan?”

ARTIKEL BERKAITAN:“Sia-Sia Masuk Universiti Kalau Berakhir Di Tali Gantung” – Tunku Azizah Harap Penuntut Universiti Ambil Iktibar Kes B*nuh Zulfarhan

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Zulfarhan Osman: Aiman Aufa Pertama Kali Tengok Semula Surat Layang Selepas 8 Tahun – “Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah”

Sementara itu,  dalam temu bual di sebuah rancangan radio popular baru-baru ini, Zulkarnain Osman memaklumkan, tiada seorang pesalah yang menyebabkan kematian anaknya datang untuk meminta maaf apatah lagi, ibu bapa mereka.

“Ibu bapa pesalah juga tidak pernah tampil memohon maaf kepada kami walaupun beberapa kali bertembung dengan mereka di mahkamah.

“Selama tujuh tahun naik turun Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan, bertembung, kadang-kadang sampai berlaga bahu, tapi tidak ada (minta maaf),” jelasnya.

Meskipun begitu, dia bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada pengirim surat layang yang telah melaporkan kejadian itu kepada warden bagi membantu arwah.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau yang menghantar surat layang, beliau ini seboleh-boleh mahu menyelamatkan anak saya.

“Keduanya kalau beliau ada kesempatan, bolehlah beliau hubungi saya, saya lebih suka bersemuka, ataupun boleh jumpa di mana-mana kalau ada kesenangan, lapang masa,” jelasnya.

Terdahulu, pada 23 Julai lalu, Mahkamah Rayuan mendapati enam bekas penuntut UPNM bersalah membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu dan memerintahkan mereka dihukum gantung sampai mati.

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, yang bersidang bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin, selepas membenarkan rayuan silang pendakwaan untuk menghidupkan semula tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Hiburan Mon, 8 Jun 2026

Momen DSV, Datuk Fazley Bertaranum Baca Al-Quran Curi Perhatian Ramai – “Nak Jadi Imam Kena Pandai Mengaji”

DSV dilihat tekun mendengar Fazley memperdengarkan bacaan Surah Al-Fatihah

Hiburan Tue, 24 Feb 2026

Buat ‘Live’ Sebelah Jenazah Anak Amyza Aznan, Netizen Kritik Aida Aris Didakwa Tiada Sensitiviti

Aida memilih untuk membalas komen-komen diterimanya secara ringkas dengan menulis, ‘Al-Fatihah’.

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

“Hubungan Saya Dan Zul Baik” – Zahirah McWilson

Zahirah McWilson mengakui bahawa hubungannya dengan Zul Ariffin masih berjalan dengan baik walaupun khabar angin mengenai isu hashtag tersebut telahpun menjadi viral

Hiburan Fri, 18 Jul 2025
Events Fri, 15 Feb 2019
Hiburan Mon, 28 Apr 2025
error: Content is protected !!