Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 29, 2024 @ 12:19pm

Hampir Hilang Nyawa Lahirkan Siti Aafiyah, Tunku Azizah Minta Netizen Jangan Salahkan Siti Nurhaliza – “Bertenang, Saya Yang Kongsi Cerita Dengan Mereka”

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tampil mempertahankan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas berkongsi cerita mengenai komplikasi yang terpaksa dihadapi penyanyi itu ketika melahirkan anak sulungnya, Siti Aafiyah.

Ia susulan terdapat sesetengah pihak yang menyalah anggap pengalaman yang dilalui Siti itu sebagai ‘berlebihan’.

“Siti is alive today is a miracle. She will never tell anybody, I will tell you today. Siti nearly die giving birth to Aafiyah,” titah baginda.

Enggan kenyataan tersebut terus mencetuskan spekulasi, Tunku Azizah menjelaskan salah faham itu ketika membalas komen salah seorang pengguna TikTok yang menganggap cerita itu tidak wajar dikongsikan kepada umum.

“Bertenang, bukan Siti yang beritahu reporters (media). Saya yang berkongsi cerita dengan mereka,”kongsi baginda.

Terdahulu, pelantun lagu Comel Si Pipi Merah itu mengaku, Allah menduganya dari segi cahaya mata walaupun dikurniakan dengan pelbagai rezeki.

Bahkan, Siti memkalumkan terpaksa berdepan komplikasi ketika melahirkan anak sulungnya itu.

“Masa bersalin saya hadapi komplikasi. Saya tak banyak share dgn masyarkaat. Tapi Tuanku tahu lebih awal.

“Semua pun dah tahu perjalanan saya. Saya ada rakam dan tunjuk di Youtube.

“Nak dapat cahaya mata ni sangat  mencabar, bukan sebagai wanita je, tapi sebagai hamba Allah.

“Allah bagi saya macam-macam rezeki. Dari segi kerja dan sebagainya. Tapi, Allah duga saya dari segi cahaya mata.

“Saya percaya pada rezeki Allah. Allah akan bagi tepat pada masanya.

“Alhamdulillah dengan apa yang saya lalui, Allah bagi tepat pada masanya. Saya decide untuk memiliki Aafiyah,” ulasnya ketika hadir pada majlis sidang media  Pembukaan Rasmi Alhaya Fertility Centre di Petaling Jaya baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Pengalaman IVF, Tunku Azizah Dedah Siti Nurhaliza Hampir Hilang Nyawa!

Sekadar info, Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006.

Hasil perkahwinan, pasangan bahagia ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata iaitu, Siti Aafiyah yang dilahirkan selepas 11 tahun usia perkahwinan dan kemudian, Muhammad Afwa yang pada ketika itu usia Siti sudah mencecah 42 tahun.

 

Sumber: TikTok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 4 Mar 2020

Kematian Melebihi 3000 Seluruh Dunia, COVID 19 Semakin Membimbangkan

Penularan COVID-19 semakin membimbangkan. Menurut statik yang dikeluarkan oleh KKM Putrajaya, kematian yang melibatkan Coronavirus itu kini telah melebihi 3000 di seluruh dunia.  Menurut statistik itu lagi selepas negara Cina, Iran merupakan negara kedua tertinggi […]

Hiburan Fri, 16 Aug 2019

Lama Bercinta…Fadlan Hazim Buka Mulut Soal Kahwin

Pelakon drama Seribu Rindu ini mengenali Julie sejak zaman sekolah dan pernah menjadi teman baik.

Kisah Viral Tue, 21 Oct 2025

Sesat Tiga Jam Di Hutan Selepas Lalu Kubur Lama, Ibu Bawa Bayi 3 Bulan Hanya Mampu Tawakal – “Anak Saya Menangis Berterusan”

Gelap, sunyi, bayi menangis jadi detik cemas ibu muda tersesat tiga jam di hutan Bangi Lama.

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

‘Suara Dia Lagi Sedap Daripada Saya’- Khai Bahar Lega Buat Pilihan Tepat!

Terpegun dengan suaranya yang merdu ketika menyanyikan lagu berjudul ‘Luluh’, ramai yang terjatuh hati sehingga persembahannya itu menjadi topik perbualan hangat di laman media sosial. 

Featured Fri, 25 Oct 2019

Pengambilan vaksin halal atau haram? Ini jawapannya

Pertimbangan berdasarkan maqasid syariah

Hiburan Sat, 21 Dec 2024
error: Content is protected !!