Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 29, 2024 @ 12:33pm

Enggan Kesilapan Lama Berulang, Hafiz Mahamad Mohon Beri Ruang Isu Dituduh Sebar Fitnah Pada Agama – “Saya Nak Kukuhkan Input & Minta Pandangan Pakar”

Pempengaruh sensasi, Hafiz Mahamad menyedari namanya hangat menjadi perbualan ramai ekoran kandungan video miliknya ketika berada di Kota Suci Makkah dikritik seorang individu dari luar negara.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Hafiz memohon ruang bagi mendapatkan pandangan pakar sebelum tampil bersuara mengenai isu yang dianggap telah mendatangkan fitnah kepada agama itu.

“Hari ini, ramai sahabat yang update tentang ini. Terima kasih sahabat kerana inform saya.

“Ada yang nasihat untuk saya diam tapi saya nak bertanggungjawab kerana agama atas kenyataan atau tanggapan dari ciapan ini.

“Bagi saya masa untuk kukuhkan input dan minta pandangan dari yang pakar supaya kesilapan lama tidak akan berulang.

“Doakan saya ada kemampuan untuk usahakan perkara ini,” katanya.

Hafiz Mahamad

Hafiz Mahamad

Sebelum ini, video mengenai dirinya berasak-asak membantu isteri, Syafiqah Aina dan pekerja wanita lain mencium Hajar Aswad tular di ciapan individu luar negara.

Menerusi akaun bernama Hindutva Knight di platform X, individu tersebut menganggap video Hafiz itu mempunyai unsur ‘gangguan seksual’ di Tanah Suci Kota Makkah.

Malah, video tersebut tular di platform media sosial sehingga meraih sebanyak 5 juta tontonan sekaligus mencetuskan rasa kekecewaan dalam kalangan masyarakat.

Hafiz Mahamad

Artikel Berkaitan: Video Bantu Kaum Wanita Berasak-Asak Depan Kaabah Tular Di Luar Negara, Hafiz Mahamad Dikecam Sebar Fitnah Pada Agama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Selamat Timang Anak Keempat, Tahniah Buat Yatt Hamzah!

Tak sabar nak tengok Yatt Junior..

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

Jom Intip Waktu Tidur Selebriti Terkenal Hollywood

Bagaimana pula dengan rutin bintang terkenal Hollywood? Memiliki rumah besar dan cukup selesa pastinya membuatkan mereka suka menghabiskan masa di kamar tidur. Ye ke?

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

‘Jangan Suka Besarkan Hal Remeh’- Wawa Zainal Kongsi Tips Kahwin Di Usia Muda

Saya mengaku dahulu seorang yang suka besarkan hal yang kecil. Boleh bergaduhlah dibuatnya…

Trending Thu, 13 Sep 2018

近视者眼中世界很美!看什么都朦胧

Philip Barlow就擅长绘出近视者眼中的朦胧世界,不仅让近视者深感认同,连视力良好的人都想感受一下朦胧美到底是什么样子的!

Trending Fri, 29 Jan 2021

Hafiz Hamidun Bakal Tampil Dengan Konsert ‘Virtual’ Marhaba

Tak sabar rasanya nak dengar album Marhaba

Hiburan Mon, 26 Jun 2023
Hiburan Fri, 20 Feb 2026

Arena Wan Asah Bakat Nyanyian, Mula Terima Tawaran Drama Muzikal

Arena Wan kini mengasah vokal dan bakatnya dalam bidang nyanyian.

Selebriti Mon, 25 Sep 2023
error: Content is protected !!