Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 29, 2024 @ 12:45pm

“Jangan Sayang Orang Melebihi Allah” – Pernah Lalui Fasa Kejatuhan Sama, Ajai Kongsi Pesanan Kepada Hafiz Suip

Komposer terkemuka, Ajai mengakui sudah menganggap penyanyi, Hafiz Suip seperti adiknya sendiri.

Menerusi temu bual bersama radio Sinar, Ajai yang juga merupakan seorang penyanyi ini memahami fasa ‘kejatuhan’ yang dialami oleh pelantun lagu popular, Noktah Cinta itu.

“Hafiz ni macam adik pada saya. Bila dia keluar Akademi Fantasia, lepas lagu Noktah Cinta, Ku Akui dan seterusnya untuk album-album dia jadi dia macam adik kepada saya.

“Saya faham dia sedang ada masalah tapi pada saya semua orang akan ada masalah.

“Penghabisan, kita kena move on. Jangan sayang orang melebihi Allah,” katanya.

Hafiz Suip

Sementara itu, Ajai yang sering kali berada dalam fasa kejatuhan itu sempat berkongsi antara pesanan yang diberikan kepada Hafiz untuk mendekatkan dirinya dengan Allah agar dia tidak terus tenggelam dalam keadaan tersebut.

“Saya sentiasa berada dalam situation down dia, itulah rezeki saya masa itu. Minta doa dengan Allah, sembahyang tahajud.

“Saya kata dekatkan diri dengan Allah sebab waktu begini rasanya Allah rindu kamu. Hafiz faham benda itu. Saya cakap dengan dia jangan tiggalkan kerjaya sebab ini adalah mata pencarian dia.

“Biarlah orang nak cakap apa, penghabisan rezeki kita di tangan Allah. Pegang pada Allah saja, selamatlah kamu, hidup” katanya lagi.

@sinar_my

Ajai dah anggap Hafiz Suip seperti adik sendiri. Memahami masalah yang dialami Hafiz Suip. “Pegang pada Allah selamatlah kamu hidup” #SINARKongsi #BorakSelebriti #exists #ajai #hafizsuip #fypシ #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – SINAR – SINAR

Sebelum ini, Ajai berkongsi video Hafiz menjalani raptai bagi ‘Konsert By Ajai & Mega Friends’ yang bakal berlangsung pada 3 Ogos, Sabtu di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Video Latihan Di Konsert Ajai Tular, Individu Dedah Sikap Sebenar Hafiz Suip -“Dia Paling Jaga Solat, Azan Je Terus Pergi”

Artikel Berkaitan: Individu Komen Jangan Gelabah Hadap Masalah, Diminta Kuatkan Mental… Hafiz Suip Bengang – “Awak Tak Ada Dalam Kasut Saya”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Dakwa Rumah Tangga Bersama Isteri Terlerai Sebab Abai Tanggungjawab, Ini Respons Hafiz Suip – “Jangan Sembang Macam Kenal Aku”

Sumber: Sinar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Mar 2023
Featured Wed, 29 Dec 2021

“Kalau Bagi Tahu Nanti, Orang Kata Buat Kontroversi” – Perkongsian Terbaru Aliff Syukri Di Hospital Buat Netizen Tertanya-Tanya

Baru-baru ini usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik sebuah hantaran di Instagram miliknya meminta orang ramai untuk mendoakannya supaya kuat dan tabah.   View this post on Instagram A post shared by Aliff […]

Trending Tue, 2 Jan 2018

Leka Dengan Telefon Bimbit, Hilang Kaki Kanan

Seorang wanita di China terpaksa menanggung derita apabila kehilangan kaki kanannya akibat tersepit dengan pintu lif yang rosak.   Rakaman CCTV lif tersebut menunjukkan seorang perempuan berambut pendek sedang leka melihat telefon bimbitnya dan tidak […]

Hiburan Tue, 24 Feb 2026

MAY, Sofea, Bloodshed & Ramai Lagi Himpun Peminat Dalam ‘Rock Car Park 2026’

Konsert Rock Car Park bakal menggegarkan Kuala Lumpur pada 9 Mei 2026!

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

“Mungkin Usaha Ini Kecil Pada Pandangan Manusia, Tapi..” – Redah Hujan Bersama Pelajar, Rita Rudaini Jayakan Program CSR Ramadan

Rita Rudaini turun padang secara sukarela bagi menjayakan program khidmat masyarakat bersama pelajar MRSM.

Featured Mon, 20 Nov 2023
error: Content is protected !!