Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 30, 2024 @ 3:45pm

[VIDEO] Individu Dakwa Rumah Tangga Bersama Isteri Terlerai Sebab Abai Tanggungjawab, Ini Respons Hafiz Suip – “Jangan Sembang Macam Kenal Aku”

Penyanyi, Hafiz Suip tampil membidas satu komen yang mendakwa rumah tangganya bersama isteri, Nureffy Jesreel Abdullah berpisah akibat selebriti ini dikatakan telah mengabaikan tanggungjawabnya.

Menerusi video dimuat naik di TikTok Story, Hafiz terhibur apabila terdapat individu yang komen sedemikian yang dianggap seolah-olah tidak masuk dek akal fikirannya.

“Saya adalah terbaca ada satu komen akak ni dia kata ‘dia bercerai sebab laki dia abaikan dia’…. saya rasa kelakar s*al komen tu.

“Kau nak cerita apa sebenarnya kak? Kau nak cerita aib kau, tak payah.. Orang tak nak tahu.. Sibuk nak jadi cikgu nak ajar orang,” katanya ketawa kecil

Sementara itu, pelantun lagu popular Bahagiamu Deritaku ini turut sempat memberi pesanan kepada pengikutnya untuk tidak melemparkan fitnah soelah-olah netizen mengenali dirinya secara peribadi.

“Korang tak kenal aku, jangan sembang macam kenal aku sangat. Sorry to say la eh.

“Ini live aku, suka hati aku nak cakap apa. Korang tak suka, jangan follow aku,” katanya.

Sebelum ini, Hafiz meluahkan rasa rindu terhadap kedua-dua anak lelakinya, Muhammad Riyadh Zafri, dan Muhammad Alkaf Zayne.

Namun begitu, tanda pagar #janganmainapi yang ditulis oleh Hafiz di kapsyen mencetus tanda tanya.

Hafiz Suip

Timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Hafiz bersama isterinya, Nureffy Jesreel Abdullah dikatakan sedang bergolak.

Isu tersebut menjadi semakin menimbulkan persoalan selepas Hafiz bertindak menyahaktifkan akaun media sosial Instagram dan Facebook miliknya.

Bagaimanapun, sehingga saat in Hafiz masih belum bersuara mengenai dakwaan pergolakan rumah tangganya itu.

Aritkel Berkaitan: Hafiz Suip Luah Rasa Rindu Pada Anak-Anak, Kapsyen #JanganMainApi Raih Perhatian… Netizen Titip Kata Semangat! – “Bangkit, Buat Comeback…”

Artikel Berkaitan: Hafiz Suip Menghilang Lagi, Status Rumah Tangga Jadi Tanda Tanya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 1 May 2018

Izreen Azminda Tak Sangka Suami Romantik

“Apa pun, terima kasih suami dan saya cintakan awak walau apa pun terjadi. Terharu pula. Terima kasih, terima kasih, terima kasih,” katanya.

Hiburan Sun, 5 Jun 2022

Selepas 8 Tahun, Peminat Terubat Rindu Lihat Neelofa Kembali Mengacara Nona TV3

Peminat lepas rindu melihat Neelofa mengacara di Nona selepas 8 tahun!

Featured Mon, 19 Jul 2021

Caprice Tampil Mohon Maaf – “Apa Yang Berlaku Adalah Kesilapan Saya”

Buang yang keruh, ambil yang jernih tak giteww?!

Trending Sun, 15 Mar 2020

[TERKINI] “Kami Mahu Pulang Secepat Mungkin, Makin Ramai Yang Mati” – Luahan Rakyat Malaysia Yang Terkandas Di Itali

Semoga rakyat Malaysia yang kini berada di luar negara berada dalam keadaan baik

Featured Sat, 13 Jul 2024

“Saya Tak Pernah ‘Check’ Phone Suami..”- Marsha Milan Akui Memilih Hidup Berteraskan Kepercayaan

wah bagus lah yang penting ada kepercayaan antara satu sama lain kan

Featured Wed, 7 May 2025

Tahniah! Pilih Nama Yusra, Imran Aqil & Dahlia Rizal Selamat Timang Baby Girl

Bayi seberat 2.85 kilogram dilahirkan secara czer.

Featured Mon, 17 Oct 2022

Ibu Tepis Dakwaan, IsmailI Izzani Hamilkan Gadis & Kahwin Senyap-Senyap

Allahuakbar.. Siapa lah yang sebar cerita ni?

error: Content is protected !!