Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 31, 2024 @ 6:47pm

Timbul Dakwaan Pempengaruh Mahu Sebar Gambar B*gel Bekas Isteri, Michael Ang Luah Rasa Berang – “Manusia Tak Berhati Perut & Durjana!”

Pengarah, penerbit dan pelakon, Michael Ang meluahkan rasa berang dengan tindakan seorang pempengaruh sensasi yang sebelum ini didakwa mahu menyebarkan foto intim dan bogel bekas isterinya.

Menerusi hantaran di ruangan Instagram Stories, Michael menjelaskan, perbuatan tersebut sebagai sangat melampau.

“Tunjuk apa saja lah, explain apa saja lah, pakai white board apa la, tunjuk footage yang diedit apa lah untuk explain dan pertahankan diri TETAPI satu WhatsApp screenshot mana? Nak aibkan orang dengan gambar bogel orang tu.

“Walaupun gambar tu bersama dengan awak tapi awak sendiri biarkan, dengan alasan awak tak nampak dalam video tersebut is TOO MUCH.

ARTIKEL BERKAITAN:Bekas Isteri Andika Putera ‘Spill The Tea’… Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Dengan Staff Sendiri -“Dah Bersayang, Ber-B Bagai Tak Curang Ke?”

Mengulas lanjut, Michael juga menyifatkan tindakan terbabit dilakukan oleh manusia durjana dan tidak berhati perut.

Dalam pada itu, Michael berharap agar isu saman menyaman ini diselesaikan dengan cara baik sekaligus tidak memberi kesempatan untuk orang lain mengambil peluang membuat andaian dan menjatuhkan hukuman.

Walaubagaimanapun, pengarah filem Kimchi Untuk Awak itu tidak menyebut sebarang nama dalam hantaran terbabit.

Sebelum ini, seorang pempengaruh menyangkal dakwaan berlaku curang ketika dalam perkahwinan bersama bekas isterinya.

Bagaimanapun, sejak semalam tular perkongsian WhatsApp ugutan daripada pempengaruh itu yang mahu menyebarkan video intim dan gambar bogel bekas isterinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 14 Jan 2018

Tolonglah Berhenti Buat Kerja Tak Elok Ini !!

Betul ke Osman Ali kecewa dengan kes ‘curi rakam’ dan siaran langsung menerusi media sosial ?

Hiburan Sat, 28 Dec 2019

Tokti Latih Aafiyah Jadi Penyanyi?

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menarik perhatian ramai apabila menyampaikan lagu Ku Bersuara dendangan asal penyanyi, Ernie Zakri melalui aplikasi Smule. Yang lebih istimewa…kedengaran suara anak Siti iaitu Siti Aafiyah di penghujung lagu […]

Hiburan Thu, 14 Feb 2019
Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Cantiknya Kekasih Baru Ismail Izzani!

Mail juga kelihatan sering memuatnaik gambar mereka bersama dengan posing yang sangat manja dan mesra. Siapa gadis bertuah itu?

Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Hiburan Tue, 27 Jan 2026

“Hati Aqish Tak Pernah Berbelah Bahagi Bersama Kak Fazura, Terima Kasih” – Puteri Balqis

Fazura memberi pesanan kepada Aqish untuk yakin bahawa Allah ada membantu

Featured Wed, 25 Mar 2020

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April

Kerjasama rakyat mampu bendung penularan COVID-19

Featured Fri, 20 Sep 2019
error: Content is protected !!