Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 31, 2024 @ 7:39pm

Lydia Rosli Nak Kahwin Dengan Tyzo? Ini Respons Fitri Farok – “Sesiapa Yang Jadi Jodoh Ibu Adalah Yang Terbaik”

Pelakon baharu, Fitri Farok tampil memberikan respos mengenai jodoh ibunya yang juga usahawan, Lydia Rosli yang dikatakan ‘kemaruk’ ingin berkahwin dengan penyampai radio, Tyzo Xander baru-baru ini.

Katanya memetik laporan Kosmo, dia tidak kisah mengenai siapakah gerangan jodoh ibunya kelak selain berharap individu itu adalah seorang yang terbaik.

“Apa yang penting adalah kebahagian ibu. Sebagai anak, soal jodoh ibu saya serahkan kepada Tuhan.

“Saya sentiasa doakan sesiapa sahaja yang ditakdirkan menjadi jodoh ibu adalah seoarang yang terbaik,” ulasnya.

Ketika disoal sama ada bersedia atau tidak Tyzo menjadi bapa tirinya, pelakon drama Anak-Anak Mafia yang bakal ditayangkan menerusi platform Tonton ini bagaimanapun reda sekiranya perkara itu terjadi.

“Walau siapa pun bakal jodoh ibu saya nanti, saya harap dia dapat menjadi yang terbaik, menyayangi dan menghormatinya.

“Dan, seandainya perkara itu berlaku (jodoh ibu dengan Tyzo) saya okay sahaja,” katanya.

Sebelum ini, Lydia Rosli yang juga adik kepada usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM menuai perhatian selepas meluahkan perasaannya mahu berkahwin dengan penyampai radio itu.

Bagaimanapun, Tyzo menerusi kenyataannya kepada media mengakui sudah terbiasa hidup ‘membujang’ menyebabkan dia masih perlukan masa berfikir dengan teliti sebelum membuat keputusan untuk berumah tangga.

 

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 17 Sep 2022

UNIC Bakal Adakan Konsert Di Lokasi Bertaraf Dunia, Buktikan Nasyid Setaraf Genre Muzik Lain

Bila dengar balik lagu-lagu diorang memang mengimbau betul zaman-zaman sekolah dulu💖💖💖

Hiburan Fri, 12 Jul 2019
Featured Tue, 23 May 2023
Featured Wed, 16 Jul 2025

“Satu Sen Duit Aku Yang Kau Hidangkan Untuk Anak Bini Makan, Aku Haramkan!”- Azizul Ammar Dedah Bukti Jadi Mangsa ‘Hutang’ Stesen TV

Ammar meluahkan rasa kecewa apabila dia juga menjadi mangsa ‘penipuan’ stesen televisyen sama.

Hiburan Thu, 3 Aug 2023

Terima Kecaman Peluk Mimi Peri, Almy Nadia Tidak Rasa Buat Perkara Salah – “Saya Tak Nak Tambah Dosa…”

Kekadang kita buat sesuatu tu macam tanpa sedar kan.. Mungkin tak sengaja

Trending Tue, 6 Jul 2021
error: Content is protected !!