Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin September 17, 2022 @ 2:44pm

UNIC Bakal Adakan Konsert Di Lokasi Bertaraf Dunia, Buktikan Nasyid Setaraf Genre Muzik Lain

Bertahan selama 20 tahun dalam industri nasyid tempatan, Kumpulan UNIC buat pertama kalinya akan menggabungkan kesemua bekas ahli kumpulan itu dalam satu konsert, REUNIC Live In Concert The Finale See You Di IPT The Musical.

Menurut Dr Fitri Haris selaku pengarah konsert bersama Fakhrul dan Bazli UNIC, kemunculan ahli-ahli REUNIC yang lengkap dan sambutan yang memberangsangkan daripada peminat membuktikan bahawa nasyid juga mampu bersaing setaraf dengan genre muzik yang lain.

Oleh itu, mereka memutuskan untuk mengadakan konsert REUNIC Live In Concert The Finale See You Di IPT The Musical di lokasi bertaraf dunia, Zepp Kuala Lumpur pada 8 Oktober ini.

“Buat kali pertama, sebuah konsert nasyid diadakan di lokasi acara bertaraf dunia. Mungkin ada yang bertanya, mengapa Bukit Bintang dan bukan IPT?

“Pemilihan tempat di Bukit Bintang pula membuktikan bahawa nasyid juga mampu bersaing setaraf muzik arus perdana yang pernah diadakan di situ seperti kumpulan Search, Bunkface dan artis-artis antarabangsa yang lain lantas menaikkan martabat nasyid di mata dunia.,” katanya.

 

Sementara itu, mengambil tema adaptasi telemovie See You di IPT oleh UNIC pada tahun 2004 dan membawakannya terus di atas pentas Zepp, Kuala Lumpur, konsert ini pastinya akan menggamit nostalgia penonton yang hadir apatah lagi, ia turut diserikan dengan kemunculan khas selebriti terkenal, Bell Ngasri, Bienda, Zizi Kirana, Mawi dan Anas.

Walaupun tiket secara fizikal sudah habis terjual namun, konsert yang turut mendapat sokongan dana melalui Geran DKD (Dana Kandungan Digital) yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan di perkasakan melalui penajaan utama Kumpulan Megaklinik Zahran ini juga akan memenuhi permintaan para peminat yang tidak dapat menghadiri konsert secara LIVE kerana, anda boleh mendapatkan tiket konsert yang terhad melalui penstriman dalam talian.

Tiket konsert bagi tontonan dalam talian boleh dibeli melalui laman web http://t2u.asia/e/2844 dan akan ditayangkan sehari selepas Konsert LIVE REUNIC The Finale iaitu pada 9 Oktober, jam 9.00 malam.

Sebahagian daripada pembelian tiket akan disalurkan ke tabung kemanusiaan Cinta Gaza Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Tue, 18 Jun 2024

Mahu Bernikah & Berpoligami, Hampir 30 Pasangan Malaysia Ke Selatan Thailand Setiap Bulan 

Sanggup datang dari jauh semata nak bernikah dan berpoligami di Thailand

Hiburan Sat, 29 Jun 2019

Mark Adam Masih Berahsia

Semoga dipermudahkan urusan buat Mark dan ibunya…

Trending Sat, 20 Jun 2020

Gara-Gara Kentut Kuat, Pemuda Ini Didenda RM2,412

Ingat! Kentut pun kena boleh kena saman tau

Hiburan Mon, 7 Jul 2025
Featured Fri, 13 May 2022
Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Trending Thu, 14 Jun 2018

Kim Jong Un Literally Brings a Portable Toilet Everywhere He Goes

But there’s a really good reason why he’s doing so.

error: Content is protected !!