Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 5, 2024 @ 1:52pm

Zara Zya Perjelas Status Hubungan Dingin Dengan Bapa Kandung – “Orang Lain Tak Akan Pernah Faham”

‘Mereka tidak akan pernah faham. Sebab kami yang ada dalam situasi ini, kami sahaja yang tahu’.

Demikian luahan pelakon Zara Zya ketika ditanya mengenai sejauh mana sakit yang dirasakannya sehingga bertindak membuat kenyataan mengenai bapa kandungnya sendiri menerusi laman Threads miliknya sebelum ini.

Kongsi Zara ketika ditemu bual bersama Melodi, perkara itu tidak akan pernah difahami oleh orang sekeliling, apatah lagi yang merasakan perit dan sedih itu adalah keluarga mereka sendiri.

Oleh sebab itu, dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

“Tak tercakap, tak terucap… goosebump. Sebak. Hanya kami yang tahu, hanya dia yang tahu. Mungkin juga ada orang lain yang tahu. Tapi untuk saya cakap lebih dalam dekat sini (Melodi) bukan di sini tempatnya. No komen.

“Sebab kalau cakap benda ni akan jadi lagi panjang. Orang tak akan pernah faham walaupun mereka cakap mereka faham, Tidak. Mereka tidak akan pernah faham. Sebab kami yang ada dalam situasi ini kami sahaja yang tahu,” ulasnya.

Dalam pada itu, sebagai seorang anak Zara mengakui, apa yang diperkatakan oleh bapanya, Mohd Zainuddin menerusi program Melodi sebagai ‘Sampai ke syurga pun itulah ayah dia dan takkan dapat ayah lain’ adalah benar.

“Betullah apa yang dia katakan. Itu sahaja,” katanya ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Ada Sekilas Benci Terhadap Dia” – Didakwa Hina & Sanggup Buat Fake Akaun, Ayah Kandung Enggan Ulas Hubungan Dingin Dengan Zara Zya

Mengulas lanjut kenapa memilih platform Threads sebagai tempat ‘meluahkan’ perasaaan, pelakon drama rantaian popular Risik Pada Hati ini menjelaskan, sebelum ini dia juga pernah melakukan perkara sama, namun isu itu tidak dibincangkan sekaligus menjadi kontroversi.

“Itu mungkin tempat meluahkan tetapi itu menjadi pilihan saya untuk meluahkan di situ (Threads) pada ketika itu.

“Sebelum ini pun ada juga luahan yang lain, di tempat lain, di media sosial. Tapi orang tak pick up pula sebelum ini.Tapi yang baru-baru ini tiba-tiba menjadi bahan bualan, menjadi panas sehinggakan sanggup pergi jauh ya untuk isu itu,” jelasnya.

Meskipun menganggap untuk kembali bersatu sebagai keluarga itu sukar, Zara bagaimanapun berdoa dan mengharapkan perkara itu akan berlaku satu hari nanti.

“Apa apa pun saya sentiasa mendoakan untuk kami, sentiasa berlapang dada supaya kami dapat kembali.  Saya sentiasa mendoakan dia, keluarga kami untuk bersatu. Kalau ikut perasaan ia tidak mungkin, tapi saya sentiasa mengharapkan itu,” ujarnya.

Terdahulu, Zara mendedahkan hubungan dengan bapa kandungnya semakin dingin apabila mereka sering melemparkan kata-kata hinaan di media sosial.

Namun, bapanya menjelaskan bahawa dia tidak menyimpan perasaan dendam mahupun benci terhadap anaknya selepas didakwa melakukan perkara itu.

Artikel Berkaitan:Hubungan Dingin, Zara Zya Dedah Bapa Kandung Sering Lempar Kata Hinaan – “Ada Ayah, Tapi Macam Tiada!”

Artikel Berkaitan: “Orang Yang Dulu Kata Suka Kita, Nak Mengorat Pun Lesap” – Diuji Dengan Sakit, Zara Zya Sedih Hilang Rakan Baik

Artikel Berkaitan: “Orang Tengah Sakit, Sibuk Tanya Bila Nak Kahwin!” – Zara Zya Luah Rasa Kesal

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Apr 2019
Hiburan Tue, 14 Nov 2017

LAYAK KE, ALTIMET?

Ramai pihak yang cuba mempertikaikan keputusan juri pada pemilihan lagu AJL32 kali ini.

Featured Mon, 20 Dec 2021

Lagu Cinta Kita 3: Malhamka & Yuveena Gagal Ke Final, Ada Luahan Hati Di Sebalik Pintu? Jom Recap Separuh Akhir LCK3!

Minggu separuh akhir Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang bertemakan Cinta OST berlangsung pada malam tadi. Episod ketujuh ini telah menyaksikan lima pasangan merebut tempat ke pentas akhir iaitu Malhamka & Yuveena, Hariz & Wanie, […]

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Featured Fri, 1 Oct 2021
Featured Mon, 18 May 2026

“Tiada Keistimewaan, Kami Dilayan Sama Rata” – Aisha Retno Nafi Guna ‘Cable’ Dalam Pemilihan Puteri Gunung Ledang 

Aisha Retno menolak dakwaan kononnya pemilihannya bersama pelakon, Mila Mohsin dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang  (PGL) adalah disebabkan hubungan istimewa atau penggunaan ‘cable’.

error: Content is protected !!