Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops July 10, 2018 @ 10:14am

Panas! Fattah Amin Bengang Netizen Salahkan Fazura

Kelab rasmi pelakon popular, Fattah Amin yang dikenali sebagai The Fa Team telah dibubarkan selepas lima tahun ditubuh.

Mengejutkan! Itulah yang dapat dilihat apabila kelab peminat Fattah Amin telahpun dibubarkan beberapa hari yang lepas. Berita tersebut telahpun diumumkan  menerusi akaun instagram kelab rasmi peminat Fattah tanpa mengulas lebih lanjut sebab pembubaran ini berlaku.

Malah, beberapa hari sebelum dibubarkan, individu yang menguruskan kelab rasmi ini seakan-akan telah memberi bayangan,  kelab tersebut akan ditamatkan. Namun Fattah memberitahu sudah menjadi lumrah kehidupan sebagai seorang artis, dan beliau tidak terkesan dengan pembubaran terbabit.

“Ia juga adalah rencah kehidupan sebagai artis… Perkara yang timbul itu tidak ada kena mengena dengan isteri saya, Nur Fazura. Bagi saya, peminat datang dan juga pergi. Saya difahamkan, pembubaran itu dibuat selepas mereka berasakan sudah tiba masanya untuk mereka berundur diri, selepas lima tahun menyokong kerjaya seni saya. Bagi saya, apa pun keputusan yang dibuat, saya amat menghormatinya. Saya tetap mendoakan kesejahteraan mereka, sama seperti kata berpagar yang sering saya ucapkan iaitu #doayangbaikbaik,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, ada beberapa pihak mendakwa kononnya kontroversi membabitkan The Fa Team ada hubung kait nya dengan Fazura. Fazura dikatakan sering campur tangan dalam setiap urusan Fattah sehingga menimbulkan rasa kurang senang dikalangan ahli kelab peminat tersebut..

Bagaimanapun, sudah terang lagi bersuluh mereka saling menyokong antara satu sama lain. Mana mungkin Fazura menyekat atau mengongkong kehidupan Fattah bukan? 

Kepada netizen diluar sana jangan cepat sangat berprasangka buruk ya!

Ditulis oleh: Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 18 Jun 2022

“Saya Bukan ‘Pelakon’ Macam Awak” – Bekas PA Fify Azmi Bersuara Apabila Dituduh Meroyan

Harapnya dua-dua pihak dapat selesaikan isu ini dengan baik 😊

Hiburan Sat, 3 Jan 2026
Hiburan Thu, 28 Mar 2019
Featured Thu, 29 Dec 2022

Hantar Ke Airport Tunai Umrah, Beto Kusyairy Syukur Dikurniakan Sahabat Seperti Azhan Rani

Pelakon versatil, Azhan Rani menghantar sahabat baiknya, Beto Kusyairy ke lapangan terbang bagi menunaikan ibadah umrah di kota Makkah.   View this post on Instagram   A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) Berdasarkan pemerhatian […]

Hiburan Thu, 18 Jul 2019
error: Content is protected !!