Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 7, 2024 @ 4:45pm

Wajah Atlet AS ‘Catwalk’ Di Trek Persis Imran Bard Tular, Ini Respons Tuan Badan – “Awak Bagitau Tak Visa Saya Kena Reject”

Sejak sukan Olimpik Paris 2024 berlangsung pada 26 Julai lalu, pelbagai isu tular berlaku termasuklah wajah atlet yang berasal dari Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Anna Cockrell.

Anna yang kelihatan tampil di trek dengan gaya ‘catwalk’ nya mencuri tumpuan penonton, malah ada yang berpendapat raut wajahnya persis pempengaruh media sosial popular, Imran Bard.

Menerusi perkongsian di X, Imran dilihat berkongsi ciapan tersebut beserta kapsyen lucu meminta agar warganet mendoakan kejayaannya sebelum memulakan larian.

“4X4 doakan dapat emas okay,” tulisnya ringkas.

 

Dalam pada itu, pemilik nama penuh Muhammad Al Imran Badaruddin, 23, kelihatan berseloroh apabila memaklumkan dia memohon visa sebelum ini disebabkan ingin menyertai sukan Olimpik 2024.

Lebih mencuri perhatian, netizen turut mengambil pendekatan berkongsi ciapan Imran dan memaklumkan kepada Anna menerusi mesej langsung (DM) di Instagram miliknya.

Sedar dengan perkongsian berkenaan, Anna Cockrell tampil memberikan respons susulan menerima banyak komen dan video yang di tag menggunakan namanya.

“Hi, terima kasih dengan penjelasan anda. Saya selalu melihat oang lain tag saya menerusi videonya dan semua komen adalah dalam bahasa Melayu dan Indonesia. Saya keliru,” jelasnya ringkas.

Terdahulu, Imran kesal apabila mengalami kerugian hampir RM1,000 dek kerana permohonannya mendapatkan visa  ke Amerika Syarikat bagi menyaksikan Festival Muzik Cochella ditolak dengan alsan tidak mempunyai pendapatan tetap.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Mar 2020
Eat Travel Thu, 21 May 2020
Events Wed, 7 Aug 2024
Trending Fri, 10 Jul 2020

Hari Jumaat Diumum Sebagai Hari Jawi Bermula Hari Ini

Tulisan Jawi penting untuk generasi sekarang!

Trending Wed, 13 Mar 2019
Trending Sat, 2 Jan 2021

Bernikah Dengan Ahli Perniagaan, Nafiz Muaz Selamat Bergelar Suami

Tahniah Nafiz & isteri, selamat pengantin baru!

Trending Sun, 18 Mar 2018

Sebab ‘Selfie”, Tertembak Ketika Asyik Bergambar Bersama Pistol

Kerana selfie, lelaki maut akibat tertembak kerana asyik bergambar dengan pistol

Trending Tue, 24 Sep 2019

Surgical Mask VS N95 Respirator; Which is Best in Malaysian Haze?

These are the reasons on why you shouldn’t wear surgical mask in the haze.

Featured Wed, 27 Dec 2023

Stadium Shah Alam Akan Dirobohkan Untuk Pembangunan Semula

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memberi kebenaran bagi projek pembangunan tersebut pada Jumaat lepas dan perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Featured Fri, 1 May 2020

Kerajaan laksana PKPB mulai 4 Mei 2020

Langkah diharap dapat imbangi ekonomi negara

error: Content is protected !!