Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops March 13, 2019 @ 12:00pm

Markah 81 peratus punca kanak-kanak ini dipukul dan ditinggalkan ibunya di tepi jalan

Sebagai anak, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan dalam pendidikan.

Tetapi ada sesetengah ibu bapa yang meletakkan harapan yang tidak munasabah terhadap anak mereka.

Mereka tidak sedar setiap insan berbeza. Tidak semestinya jika pelajar ini boleh mendapat markah penuh, pelajar lain pun mampu berjaya seperti itu.

Satu kisah yang boleh dikongsi dalam hal ini menceritakan bagaimana ibu dari China ini bertindak memukul dan kemudian mengabaikan anak lelakinya di tepi jalan.

Sebabnya? Kanak-kanak berumur 12 tahun itu gagal mendapat markah yang tinggi dalam ujian tidak seperti yang diharapkan ibunya.

Si ibu ini dilihat memukul anaknya sebelum memandu pergi dari Luoyang, di daerah Henan. Anaknya pula ditinggalkan sahaja di tepi jalan.

Kerana risau, orang awam yang menyaksikan kejadian itu menghubungi polis dengan segera.

Foto: Luoyang Evening News

Pihak media diberitahu kemudian yang ibu berkenaan bertindak sedemikian kerana anaknya ‘hanya mendapat markah 81 peratus, padahal wanita itu mengharapkan markah sebanyak 95 peratus.’

Pihak polis juga menjelaskan yang wanita berkenaan menjadi berang lalu memukul anaknya sambil menengking.

Satu video yang dikeluarkan oleh laman berita Pear menunjukkan pihak polis bercakap dengan mangsa setelah mereka menjumpainya di tepi jalan.

“Ibu kamukah yang memukul kamu?” tanya seorang pegawai.

“Ya,” kata budak itu ketika duduk di dalam kereta polis. “Saya tidak dapat markah yang bagus untuk ujian saya.”

Foto: mrsaimun.blogspot.com

Setelah menemubual saksi, pihak polis berupaya untuk menghubungi si ibu setelah mengenal pasti nombor plet keretanya.

Mereka berharap wanita ini akan berpatah balik dan membawa anaknya pulang. Tetapi apa yang dia katakan melalui telefon memang memeranjatkan.

“Saya tidak inginkannya lagi. Awak buatlah apa yang awak hendak terhadapnya. Awak juga boleh mendakwa saya,” ujarnya.

“Awak ialah seorang ibu yang tidak bertanggungjawab,” kata seorang pegawai. “Awak sepatutnya bersabar dan menasihatkan anak awak jika dia ada buat salah, bukannya mengabaikannya di tepi jalan.”

Menurut laporan Pear, budak lelaki itu akhirnya diambil oleh bapa saudaranya. Ia tidak pula mengesahkan sama ada si ibu tadi akan didakwa.

Sumber: DailyMail

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Featured Sat, 4 Mar 2023

“Saya Dalam Fasa Bahagia” – Intan Najuwa Enggan Ulas Isu Tunang

take ur time Intan! Mogayang baik-baik saja.

Featured Thu, 4 Jul 2024

Isteri Selamat Bersalin, Fizi Ali Luah Rasa Syukur Timang Baby Girl

Alhamdulillah, bertambah rezeki buat Fizi. Semoga baby membesar dengan sihat

Hiburan Mon, 5 Feb 2024
Featured Thu, 17 Jul 2025

20 Lelaki Ditahan, Polis Rampas K*ndom & Ubat HIV Dalam Serbuan Pesta G*y

Acara disertai hampir 100 lelaki, namun semasa serbuan, sebahagian besar peserta telah meninggalkan lokasi yang terletak di Jalan Kemumin, Kota Bharu, Kelantan.

Featured Wed, 29 May 2024
error: Content is protected !!