Euforia Bola 2026
Featured By: Dhia Iwana May 29, 2024 @ 12:34pm

Didakwa Beri Pengaruh Negatif Menerusi Watak Aminah Dalam Aku Bukan Ustazah, Ini Penjelasan Erysha Emyra

Baru setahun jagung dalam industri lakonan, pelakon Erysha Emyra menerima kecaman apabila didakwa memberi pengaruh negatif kepada penonton menerusi watak lakonannya dalam drama berjudul Aku Bukan Ustazah yang sedang ditayangkan di slot Akasia TV3.

Erysha yang memegang watak sebagai Aminah dalam drama tersebut dikatakan memberi persepsi buruk sebagai Muslimah berikutan tindakannya memilih untuk tidak mengenakan tudung labuh dan berniqab, selain hanya mengenakan tudung yang digayakan singkat selepas berhadapan dengan masalah.

Namun, Erysha menjelaskan yang mesej yang ingin disampaikan dalam drama terbabit adalah mengenai realiti dilalui seseorang individu dalam berhadapan dengan cabaran untuk terus kekal istiqamah dalam setiap perbuatan.

“Sekiranya kita ambil secara positif, kita dapatlah mesej yang menunjukkan realiti kehidupan sebenar iaitu bukan senang untuk istiqamah.

“Sebenarnya saya juga seperti itu, ada hari yang iman kita naik dan turun. Ada juga maklum balas dari mereka yang mengatakan mereka juga begitu dalam TikTok,” jelas Erysha.

Erysha ditemui XTRA pada sidang media drama Cinta Untuk Sekali Lagi di Zebra Square, baru-baru ini.

Tambah Erysha, ada sesetengah pihak yang melemparkan kecaman berkemungkinan sebenarnya tidak menonton keseluruhan episod itu dan tidak mengikuti siri Aku Bukan Ustazah.

“Saya rasa orang yang beri komen itu tidak menonton drama dan hanya melihat potongan video yang tular di TikTok.

“Ada yang mempertikaikan saya bertudung labuh dalam drama tiba-tiba ada babak bertudung singkat. Sebenarnya itu babak dalam rumah dan watak saya belum bersiap untuk keluar rumah, so that’s why tudung saya singkat,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai adegan bersentuhan dalam lakonan, Erysha mengakui yang dia terbuka untuk babak-babak seperti itu namun, tetap ada batasnya memandangkan dia mengenakan imej bertudung.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Aku Bukan Ustazah yang sedang hangat bersiaran di slot Akasia TV3.

Selain Erysha, drama tersebut turut dibintangi oleh MK K-Clique, Zahiril Adzim, Shaza Bae, Haneesya Hanee dan ramai lagi.

Orang ramai boleh menonton drama Aku Bukan Ustazah menerusi slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Jumaat, 7 malam atau strim di aplikasi Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Dec 2019

Here’s How Rihanna Went From Nearly Bankrupt To The World’s Richest Female Musician

Just like the opening line of Rihanna’s 2016 dance hall anthem, sometimes you just have to “work, work, work, work, work”.

Featured Wed, 12 Feb 2025

“Jangan Nak Tentukan Hidup Orang! Baik Korang Atur Hidup Sendiri”- Noor Nabila Mohon Netizen Jangan ‘Judgemental’

Noor Nabila menegaskan bahawa netizen tidak berhak menentukan masa depan orang lain.

Featured Fri, 26 Aug 2022

“Nak Protes? Seriously? Banyak Benda Lain Perlu…” – Nabila Huda Beri Respons Isu Halang Konsert Antarabangsa

Isu pergi konsert antarabangsa ni selalu jadi bualan netizen kan 😌 Apa pendapat korang?

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

快讯 | SHINee钟铉烧炭自杀身亡

韩国男团SHINee成员钟铉12月初才举办个人演唱会,但18日惊传死讯,据韩媒报导,他在清潭洞家中被发现,旁边有煤炭。

Hiburan Thu, 12 Jan 2023
Events Wed, 20 Feb 2019

Here’s the Final Match-Up for IEM Katowice CS:GO Major New Legends!

You’ll be surprised at who some are going against.

Hiburan Tue, 6 Aug 2024
Trending Thu, 29 Mar 2018

Make Recycling Fun By Turning Plastic And Trash Into Gold!

Check out Malaysia’s No.1 plastic-into-gold vending machine which will give you a brand new experience in recycling.

Trending Tue, 20 Oct 2020
Featured Thu, 30 Apr 2020

KKM pantau 3 kluster COVID-19 di Sarawak

5 kes baharu dikesan di Bumi Kenyalang

error: Content is protected !!