Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 6, 2024 @ 8:12pm

Penampilan Istimewa Illa Sabry, Rindu Pada Hafiz Suip Terubat… Konsert By Ajai & Mega Friends Sukses!

Konsert By Ajai & Mega Friends umpama menyelak senarai kejayaan komposer dan penyanyi terkenal, Ajai sepanjang 33 tahun berkecimpung dalam dunia seni.

Sentuhan Ajai dalam menghasilkan lagu-lagu hits popular ciptaannya dipersembahkan dalam konsert yang menghimpunkan lebih 4,000 peminat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Malah, sebanyak 18 lagu sentuhan Ajai didendangkan sepanjang konsert berlangsung selama dua jam itu membuatkan penonton terbuai emosi sekali gus ‘berkaraoke’ bersama penyanyi.

Pada konsert yang penuh gilang-gemilang itu, Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas, 49, membawa penyanyi berbakat besar iaitu Hafiz Suip, Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Hazama, dan Aufahanie.

Ajai menghangatkan pentas konsert gah tersebut dengan menyanyikan lagu Semua Orang Tahu (Rem), Aku Lebih Tahu (Mila Jirin) dan Percayalah (Datuk Seri Siti Nurhaliza).

Ajai

Konsert kemudian menampilkan Aufahanie membawakan lagu Allahyarham Siti Sarah iaitu Saat Hilang Cintamu dengan penuh penghayatan, serta berduet bersama Ajai menerusi lagu Keliru dan Lagu Rindu yang pernah dipopularkan bersama bekas isteri, Nourul Depp.

Seterusnya, penonton berhibur bersama Hazama yang ‘lincah’ dan bertenaga di atas pentas menyanyikan lagu Juwita dan Amaran Mama.

Ajai

Kemuncak konsert tersebut dikejutkan dengan penampilan istimewa penyanyi, Illa Sabry membawakan lagu Keranamu Kekasih iaitu runut bunyi filem Gerak Khas The Movie.

Penampilan Aina Abdul bersuara emas di segment pertengahan konsert tersebut antara yang turut dinantikan peminat di konsert tersebut.

Aina mencabar vokalnya membawa lagu pernah dipopularkan oleh Ning Baizura iaitu Selagi Ada Cinta dengan penuh bersahaja serta berduet bersama Ajai menerusi lagu Hati Ini telah Dilukai.

Ajai

Kehangatan konsert Ajai & Mega Friends semakin terasa apabila penyanyi bersuara lunak, Hafiz Suip membuat ‘comeback’ selepas tiga tahun menyepi daripada dunia seni.

Meski gementar, Hafiz berjaya memukau peminat dengan menyanyikan lagu hitsnya ‘Ku Akui’ dan Tak Mungkin Kerna Sayang dipopularkan oleh Datin Alyah.

Seakan mengubati kerinduan peminat, Hafiz yang kelihatan sebak pada malam konsert itu mendapat ‘standing oviation’ daripada penonton yang hadir.

Penutup konsert yang semestinya akan tersemat di ingatan penonton itu diakhiri oleh persembahan nyanyian lunak merdu Dayang menerusi lagu hits Allahyarham Siti Sarah, Kesetiaan dan lagu popularnya Seandainya Masih Ada Cinta.

Artikel Berkaitan: Isu Fitnah Rumah Tangga, Hafiz Suip Minta Netizen Jangan Menyibuk! -“Kau Orang Tak Ada Hak Pun Nak Tahu Pasal Urusan Peribadi Saya”

Artikel Berkaitan: Comeback Di Konsert By Ajai & Mega Friends Dapat Standing Ovation, Sorakan Peminat… Hafiz Suip Mengaku Gementar

Artikel Berkaitan: “Jangan Sayang Orang Melebihi Allah” – Pernah Lalui Fasa Kejatuhan Sama, Ajai Kongsi Pesanan Kepada Hafiz Suip

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Jun 2023

Didakwa Bergaduh Dengan Qistina Raisah, Ini Respons Puteri Balqis – “Tak Sebut Nama Sesiapa, Kenapa Perlu Play Victim?”

Saya bukan nak burukkan, tapi takkan semua benda saya kena, saya kena diam. Saya perlu juga lantang bersuara – Puteri Balqis

Featured Tue, 11 Jun 2024
Hiburan Fri, 14 Dec 2018

Buka Syarikat Sendiri, Zamani Kini Di Bawah Pengurusan ZIME Production

Zamani menegaskan tidak melantik mana-mana pihak lain untuk mencetak atau menjual produk yang menggunakan namanya.

Hiburan Fri, 12 Oct 2018

Akur Peminat Bukan Muda Lagi, XPDC Muncul Dengan Rock Dakwah

Saya mendapat nasihat daripada seorang ustaz yang mana dia memberitahu, saya boleh berdakwah menerusi lagu.

Featured Sun, 16 Feb 2025

AJL39: Hael Husaini ‘Upah’ Bodyguard Demi AJL? Harap Kesihatan Stabil Tidak Jejaskan Persembahan

“Saya harap kesihatan saya stabil dan AJL39 kali ini memberikan impak yang besar untuk industri kita ditahun 2025 ini.

Hiburan Fri, 26 Jul 2019

Kang Daniel Slayed the Charts! And the Hearts of the Ladies!

Produce 101 Season 2 and Wanna One gem is finally making his long anticipated debut with “What Are You Up To”

Trending Sun, 6 Dec 2020
error: Content is protected !!