Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 9, 2024 @ 6:44pm

Ryzal Didakwa Buat Lawak Lucah, Maryam Durian Kimchi Mohon Maaf – “Mungkin Ada Salah Faham Sedikit”

Pempengaruh popular, Maryam Durian Kimchi atau nama sebenarnya, Maryam Younarae memberi penjelasan berkenaan video tular yang mendakwa suaminya, Ryzal Ibrahim melawak secara lucah atau ‘double meaning’.

ARTIKEL BERKAITAN: Lafaz Kenyataan ‘Double Meaning’ Terhadap Anak & Isteri, Ryzal Ibrahim Dikritik Buat Lawak Lucah

Menurut Maryam, kemungkinan timbul salah faham terhadap situasi yang terjadi dalam video terbabit, namun dia memohon maaf jika perkara itu mengguris hati orang ramai.

“Sebenarnya situasi itu, ada ayat yang saya bercakap dalam bahasa Korea dengan suami. Mungkin orang yang menonton ada salah faham sedikit.

“Jika ada yang rasa sebegitu, saya minta maaf. Saya pun sudah menegur Ryzal. Saya harap kita semua tidak menyimpan rasa benci, itu bukanlah sesuatu yang baik,” kata Maryam.

Maryam ditemui pada majlis pelancaran single Blimey berjudul Saranghae Kawanku terbitan XENO di A Quite Place Bukit Bintang, sebentar tadi.

Tambah Maryam, dia sendiri kurang menggemari lawak ‘double meaning’ namun dia menegaskan situasi yang terjadi antara dirinya dan suami berbeza.

“Saya sendiri pun tak suka lawak ‘double meaning’. Namun, situasi antara saya dan suami dalam video berkenaan ada makna berbeza, bukannya lawak ‘double meaning’. Saya sebut bahasa Korea dan ia sangat spontan, apa pun saya minta maaf.

“Sebenarnya saya tak tahu dan tak sedar perkara itu boleh timbulkan isu, jika saya tahu, sudah pastinya saya sudah menyunting video terbabit.

“Kita semua belajar dari kesilapan. Saya tak rasakan ini sesuatu yang serius, jadi saya akan belajar dari kesilapan,” katanya lagi.

Terdahulu, Ryzal menerima kecaman hebat daripada wargamaya selepas didakwa membuat lawak berunsur ‘double meaning’.

Menerusi video yang dikongsikan semula di aplikasi X, Ryzal bersama Maryam berada di pasar raya untuk membeli barang dapur.

Maryam kemudian berkongsi tips yang boleh digunakan untuk memilih buah tembikai.

Selain dengan cara menepuk-nepuk buah tersebut, antara tips yang boleh digunakan untuk memilih tembukai adalah melihat garisan dan tapak buah terbabit

Namun, respons yang dilafazkan Ryzal menarik perhatian netizen.

“Kalau yang kecil tu macam Rina, besar ni macam Maryam punya,” kata Ryzal.

Ayat terbabit mengundang kecaman wargamaya yang mendakwa ayat Ryzal mengandungi unsur ‘double meaning’ atau lucah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Feb 2024
Featured Thu, 22 Jul 2021
Hiburan Tue, 25 Mar 2025
Hiburan Tue, 24 Feb 2026

Buat ‘Live’ Sebelah Jenazah Anak Amyza Aznan, Netizen Kritik Aida Aris Didakwa Tiada Sensitiviti

Aida memilih untuk membalas komen-komen diterimanya secara ringkas dengan menulis, ‘Al-Fatihah’.

Hiburan Sat, 9 Jun 2018

Perangai Netizen Semakin Menjadi-Jadi, Jasmin Hamid Akui Terguris

Jangan takbur dengan ilmu yang kamu ada kerana Allah Maha Mengetahui. Jaga adab bila masuk rumah orang kalau kamu rasa kamu penuh Iman di dada…

Trending Mon, 26 Jan 2026

Mahkamah Putuskan Semua Tuduhan Terhadap Suami Allahyarham Pengasas Dnars Tidak Berasas & Bersifat Fitnah

Mahkamah mendapati tuduhan-tuduhan terhadap Haji Ahmad Shah Rizal gagal dibuktikan.

Hiburan Thu, 8 Feb 2018

MEET ISAAC VOO: THE FIRST MALAYSIAN KPOP IDOL

There have been many foreigners rising to fame in KPOP groups recently and now Malaysia’s very own Isaac Voo has brought so much pride to Malaysians as he joined the South Korean band IN2IT.

Featured Wed, 2 Mar 2022
error: Content is protected !!