Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 10, 2024 @ 12:45pm

“Ia Satu Fasa Yang Tak Selesa” – Aedy Ashraf Terkesan Pernah Dibuli, Belajar ‘Martial Arts’ Untuk Pertahan Diri

Pelakon berbakat, Aedy Ashraf mendedahkan dia pernah merasai pengalaman dibuli rakan sebaya ketika berada dibangku sekolah lagi.

Menurutnya, punca kes buli melibatkan dirinya adalah disebabkan dia seorang yang baik dan pada ketika itu dia juga sudah mula mencipta nama dalam industri.

Mengaku perkara itu adalah satu fasa yang sukar, Aedy mengakui dia pernah mengambil keputusan untuk keluar dari sekolah terbabit.

“Saya pernah dibuli masa di sekolah ketika itu saya darjah lima atau enam. Orang yang membuli ini tak ada sebab pun, mereka buat saja untuk seronok, mungkin juga saya dibuli sebab budak baik, atau sebab terkenal.

“Ia satu fasa yang tak selesa, masa tu saya rasa macam nak keluar dari sekolah dan keadaan itu,” katanya.

Aedy berkata demikian ketika ditemui pada majlis Wrap Party Kahar Kapla High Council bertempat di Six In The City, Petaling Jaya pada malam Rabu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf)

 

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai situasi paling teruk pernah dilaluinya, aktor itu memaklumkan, dia pernah memberikan wang saku miliknya sebanyak RM2 setiap hari kepada individu terbabit.

“Alhamdulillah tidak seteruk mana, ada saja kena buli secara fizikal tapi itu semua cerita lama.

“Saya ada seorang kawan di sekolah dia minta saya bagi duit dekat dia setiap hari RM2. Masa tu saya ada duit belanja jadi saya anggap perkara tu biasa… tak ada apa, macam belanja kawan-kawan.

“Tapi ada satu hari saya tak bawa duit pergi sekolah lepastu dia dah marah saya. Saya terus ‘aik, selama ni aku belanja bila aku tak bagi kau marah’.

“Dari situ la dia start buli saya secara fizikal. Saya tak ada mengadu dengan mana-mana pihak, cuma terus bercakap dengan dia dalam cara yang baik,” kongsinya.

Mengambil positif kes buli yang terjadi terhadap dirinya, pelakon drama rantaian popular, Lelaki Itu sanggup belajar seni mempertahankan diri sebagai langkah untuknya menghadapi apa jua situasi yang berlaku kelak.

“Saya ambil kes dibuli ketika itu sebagai satu perkara positif untuk diri saya supaya saya belajar seni mempertahankan diri.

“Semasa di tingkatan satu saya dah mula belajar martial arts seperti Taekwando, muay thai, boxing supaya saya lebih berani untuk menghadapi apa jua situasi,” jelasnya.

Mengulas mengenai kesan daripada tayangan filem ‘Kahar Kapla High Council’ yang bakal ditayangkan pada 28 November depan, pemilik nama Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 30, menyifatkan filem ini akan memberi satu mesej berguna kepada masyarakat.

“Saya pandang filem ini untuk memberi satu mesej kepada masyarakat. Tak ada satu filem yang saya rasa dalam dunia ni tak ada mesej langsung. Ini pendapat peribadi saya.

“Semestinya, projek Kahar ini menaikkan isu (buli) yang sedang hangat tetapi ada mesej tersendiri di mana saya rasa setiap penonton perlu tengok untuk dapatkan mesej itu.

“Kami tidak mengalakkan pembulian. Walau apa pun yang kita buat ada akibatnya. Saya rasa filem ini bagus sebab kita tunjuk apa yang akan terjadi sekiranya mereka menjadi pembuli,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 Jul 2024

Bekas Isteri Andika Putera ‘Spill The Tea’… Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Dengan Staff Sendiri -“Dah Bersayang, Ber-B Bagai Tak Curang Ke?”

Alamak, bekas suami kata fitnah besar… Tapi, bekas isteri siap mengaku bekas suami curang sejak tahun 2020🔥🔥🔥

Hiburan Tue, 28 Jan 2020

Jennifer Lopez Kongsi Kata Semangat Buat Isteri Mendiang Kobe Bryant

Hari yang sedih bagi seluruh dunia yang merasai kehilangan Kobe…

Trending Thu, 20 Jun 2019

毕业生收「泰国虾花」成全校焦点!同学围观想吃

毕业生收「泰国虾花」成全校焦点!同学围观想吃:有创意耶~

Hiburan Fri, 3 Jan 2025

Dengar Permintaan Peminat, Konsert GenKRU Tambah Hari Ketiga 10 Mei Hadapan

Konsert GenKRU bakal diadakan untuk hari ketiga.

Featured Thu, 4 May 2023

Bekas Suami Didie Alias, Pelakon Ridzuan Hashim Meninggal Dunia

Innalillahiwainnalillhirojiun.. Al-fathihah.. Salam Takziah buat keluarga Allahyarham dan Mami Didie ❤️

error: Content is protected !!