Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 3, 2025 @ 7:38pm

Dengar Permintaan Peminat, Konsert GenKRU Tambah Hari Ketiga 10 Mei Hadapan

Penantian peminat setia KRU akhirnya terjawab apabila Icon Entertainment mengumumkan penambahan hari ketiga untuk Konsert GenKRU, yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mei 2025.

Menurut pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, keputusan ini dibuat susulan permintaan tinggi daripada peminat yang kecewa kerana tiket untuk malam kedua habis terjual dalam tempoh 45 minit sahaja selepas ia diumumkan.

“Selepas berbincang, kami bersama Norman, Edry dan Yusry sepakat untuk memenuhi harapan peminat tegar yang terlepas peluang membeli tiket untuk malam pertama dan kedua, yang dijadualkan pada 3 dan 4 Mei.

“Sambutan yang luar biasa dengan ribuan pertanyaan di media sosial mendorong kami untuk menunaikan hasrat peminat yang tidak berjaya mendapatkan tiket.

“Dengan pertimbangan yang teliti dan persetujuan KRU, tarikh 10 Mei dipilih sebagai malam ketiga konsert iaitu seminggu selepas malam pertama dan kedua,” jelas Iman.

Pengumuman ini dibuat Iman dalam satu majlis khas yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Iman menegaskan bahawa keputusan menambah malam ketiga bukanlah tindakan oportunis, sebaliknya membuktikan bahawa pemuzik tempatan memiliki daya tarikan besar terhadap pasaran.

“Penganjuran konsert selama tiga malam ini mencipta sejarah baharu untuk artis tempatan, yang biasanya hanya mengadakan persembahan selama dua malam. Ini adalah satu penghormatan kepada KRU dan industri muzik tanah air,” katanya.

Konsert ini juga menandakan kemunculan semula KRU, yang dianggotai oleh Datuk Norman, Datuk Yusrydan Edry, selepas kali terakhir mereka tampil di pentas besar pada 2018 di Istana Budaya yang turut berlangsung selama tiga malam.

Pada asalnya, Icon Entertainment hanya merancang konsert untuk satu malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Namun, sambutan luar biasa dengan tiket habis terjual dalam tempoh sejam memaksa penganjur menambah malam kedua.

Apabila tiket untuk malam kedua juga habis dalam masa 45 minit, Icon Entertainment akhirnya memutuskan untuk menambah malam ketiga.

Konsert GenKRU, yang akan berlangsung pada 3, 4 dan 10 Mei 2025 di Axiata Arena, bakal menjadi penampilan pertama kumpulan legenda ini selepas enam tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 10 Mar 2021

Arab Saudi Setuju Beri Tambahan 10,000 Kuota Haji Buat Jemaah Malaysia

In shaa Allah, semuanya berjalan dengan baik…

Events Fri, 4 Oct 2019

‘Dah Macam Pesta Coachella’- Karnival Starlight Pertama Di Genting Bawakan Zouk Secara Live!

Karnival ini raikan pesta Oktoberfest, Zouk Live dan banyak lagi!

Trending Mon, 19 Apr 2021
Trending Mon, 5 Feb 2018

失火之后全家微笑合影:人都在,家就在

中国网友间最近流传一张充满「正能量」的照片,拍摄者姜托托声称,照片中一家三口站在废墟里开心比YA,他们其实是自己的亲戚,虽然住家毁了,宠物狗也命丧火窟,但他们还是打起精神、露出微笑,积极面对这场悲剧“毕竟人在,家就在。”

Hiburan Tue, 4 Feb 2025

#CSOIAM: Separuh Akhir Rekod Undian Tertinggi, Siapakah Bakal Merebut Gelaran Juara?

Siapakah juara #CSOIAM? Nantikan, Ahad 9 Februari di TV3

Hiburan Thu, 12 Mar 2026
Events Wed, 11 Jun 2025
error: Content is protected !!