Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 10, 2024 @ 11:34am

[VIDEO] “Saya Nak Kahwin Tahun Hadapan” – Kasih Iris Leona

Selebriti media sosial popular, Kasih Iris Leona, 22, mahu mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Namun begitu, anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman ini mendedahkan dia masih tidak mempunyai calon yang sesuai.

Masih berstatus solo, Leona mahu lekas menamatkan zaman bujang kerana ingin menjadi ibu pada usia yang muda.

“Saya merancang untuk kahwin tahun depan! Saya memang tak ada calon lagi, tetapi itu merupakan impian saya. Saya harap apa yang saya harapkan itu tercapai.

“Saya sedar saya masih muda, namun saya nak segera berkahwin kerana saya nak bergelar ibu. Saya gemarkan kanak-kanak.

“Setakat ini, semuanya adalah sekadar harapan sahaja. Kalau ada jodoh dengan lelaki yang sesuai, jangan terkejut kalau saya kahwin tahun depan,” katanya kepada XTRA.

Leona ditemui pada majlis pelancaran single Blimey berjudul Saranghae Kawanku terbitan XENO di A Quite Place Bukit Bintang, pada Jumaat.

Meletakkan standard tinggi, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu

Mengaku sukar untuk bertemu lelaki yang menepati ciri-ciri suami idaman, Leona mendedahkan dia meletakkan standard yang tinggi.

Mementingkan perwatakan dan personaliti dalam diri seseorang jejaka, Leona tak memandang paras rupa namun setakat ini, belum ada mana-mana lelaki yang mampu menawan hatinya.

“Sejujurnya, saya memang tak ada calon suami pun. Saya tak mencari cinta pun. Saya dah cakap nak kahwin tahun depan tetapi saya sibuk dengan kerjaya dan mencari wang sehingga tak ada masa mencari cinta atau keluar ‘dating’.

“Sebenarnya, susah saya nak cari bakal suami sebab standard saya sangat tinggi dan kebanyakannya tidak mencapai ciri-ciri lelaki idaman sehingga belum ada lagi lelaki yang mampu buat saya kagum.

“Bercakap mengenai rupa paras, saya sendiri tidak kisah. Sebelum ini pun, kebanyakan bekas teman lelaki saya tidaklah kacak mana kerana personaliti main peranan penting untuk saya.

“Lelaki yang mahu mendekati saya haruslah bersikap matang dan lebih tua daripada saya. Paling penting, gigi kena tersusun tidak boleh berterabur,” katanya sambil ketawa.

Leona turut memaklumkan ahli keluarganya sudah tahu mengenai hasratnya yang nak berkahwin di usia muda dan tidak membantah, asalkan dirinya menghabiskan pelajaran terlebih dahulu.

“Bapa saya tahu, jujurnya satu keluarga sudah tahu saya nak kahwin tahun depan, mereka tidak kata apa-apa dan menyokong sahaja hasrat saya.

“Cuma, saya harus selesaikan pengajian dan habiskan apa yang perlu terlebih dahulu. Mereka baik-baik saja dan memberi sokongan, asalkan saya bahagia,” kongsinya.

Imbas semula pada tahun 2022, Leona pernah berkongsi perasaan sedih apabila bekas teman lelakinya sudah pun mempunyai kekasih baharu selepas tiga bulan berpisah dan sehingga kini, dia kekal solo.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

Ujian Buat Abang, Azwan Ali Harap Azmin Terus Kuat

Azwan Ali mengaku tak terkejut apabila melihat video-video berkenaan.

Featured Fri, 13 Jun 2025

Serah Jodoh Pada Anak-Anak, Azhar Sulaiman Tak Kisah Jika Leona Hidup Bermadu – “Saya Tak Nak Orang Kaya, Cuma Nak Yang Boleh Jaga Mereka”

Azhar berkata, dia tidak kisah dengan pilihan anak-anaknya, malah terbuka sekiranya Kasih Iris Leona ditakdirkan hidup  bermadu.

Featured Sat, 23 Aug 2025

Bapa Makin Uzur, Amir Raja Lawak Rayu Stesen Televisyen Lunaskan Bayaran Hutang

Ia susulan keadaan bapanya, Azmi Deris yang semakin uzur dan memerlukan penjagaan teliti.

Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Siapa Artis Paling Banyak Ijazah Akademik?

Hebat, tahniah Soo Wincci!

Featured Wed, 28 Dec 2022
Hiburan Wed, 14 Nov 2018

Anggun Darniella Nama Puteri Ketiga Diana Nasir

Assalamualaikum, introducing our beautiful healthy little lady, Anggun Darniella.

Trending Wed, 17 Oct 2018

美照都是骗人的!20张把网美呛爆的爆笑恶搞Cosplay照

来自雪梨的女演员Celeste Barber颠覆既有网美公式,用一系列仿效名模女星的拍照POSE,成为「非主流网美」。

Hiburan Thu, 9 May 2019

‘Doakan Kami’- Giliran Altimet Sertai Misi Kemanusiaan Ke Syria

Jom terus berikan sumbangan, layari Instagram Cinta Syria Malaysia sekarang!

error: Content is protected !!