Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 13, 2025 @ 7:25pm

Serah Jodoh Pada Anak-Anak, Azhar Sulaiman Tak Kisah Jika Leona Hidup Bermadu – “Saya Tak Nak Orang Kaya, Cuma Nak Yang Boleh Jaga Mereka”

Susulan kenyataan anak gadisnya yang juga seorang pempengaruh media sosial popular, Kasih Iris Leona sebelum ini yang dikatakan lebih menyukai lelaki berusia, pelakon Azhar Sulaiman tampil memebrikan respons.

Menerusi perkongsian video tular sebuah portal hiburan, Azhar berkata, dia tidak kisah dengan pilihan anak-anaknya, malah terbuka sekiranya Kasih Iris Leona ditakdirkan hidup  bermadu.

“Kalau ditakdirkan Leona jadi isteri kedua orang pun takdir lah, ajal, rezeki dan jodoh ni ni semua di tangan Tuhan.

“Jika kebahagian bergelar sebagai madu terpulang… i am open to anything kerana perkahwinan ni sesuatu yang biar dia sendiri buat keputusan.

“Kalau macam kita orang luar ni mak bapa suka ‘A’ tapi ‘A’ tu tak baik untuk dia then, it is not gonna work and good for her in a long run. Biar dia pilih betul-betul,” katanya.

Dalam pada itu, Azhar juga tidak memandang kekayaan mahupun status bakal menantunya kelak kerana yang lebih penting adalah individu tersebut boleh menjaga anak-anaknya dengan baik.

“Jadi, i am open to anybody dan sesiapa pun yang mereka (anak-anak) pilih itu akan menjadi pilihan terbaik pada mereka dan menjadi a perfect plug in to the family.

“Sebab saya selalu beritahu anak-anak saya, cari pasangan yang sesuai dengan kita. Bukan awak seorang tetapi melibatkan keluarga.

“Saya tak nak orang kaya…saya cuma nak dia somebody yang boleh menjaga mereka. At least ada diploma, degree. Tak ada duit sekarang pun tak apa, tapi itulah yang akan membantu dia in a long run.

“At the end of the day, kita sebagai bapa cuma nak yang terbaik untuk anak-anak. Jalani kehidupan seperti biasa macam orang lain juga. Tak ada apa-apa yang istimewa,” jelasnya.

@mediahiburanofficial Sebelum apa-apa, perhalusi dulu pendapat Azhar Sulaiman yang terbuka jika anak perempuannya, Kasih Iris Leona, ditakdirkan bertemu jodoh dengan lelaki lebih berusia atau menjadi isteri kedua. Pada pendapatnya, sebagai seorang bapa dia enggan memberi tekanan dalam hal jodoh dan percaya Leona berhak mencari kebahagiaan dengan caranya sendiri. #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Kasih Iris Leona Mengaku Lebih Suka Lelaki Botak & Berusia – “Saya Lalui Malam Yang Gila! Tapi Lelaki Muda Seperti Budak”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Selera Dah Berubah, Leona Kini Jatuh Hati Pada Jejaka Sepanyol

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Netizen Approve ‘Kekasih’ Baru Leona? – “Saya Baru Jumpa Dia 5 Minit…”

 

Sumber: TikTok Media Hiburan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

Zoey Rahman Cipta Lirik Sendiri, Berduet Dengan Elliza Razak Dalam ‘Kita Dah Raya’

Bukan saja menyanyi, kali ini Zoey Rahman turut tulis lirik untuk Kita Dah Raya, duet bersama Elliza Razak.

Events Mon, 12 Nov 2018

《光》特别首映星光闪耀!庄仲维望票房破300万

由导演郭修篆首部执导的长篇电影《光》在11月29日上映前,圈中多达50多位艺人朋友齐聚看首映!

Trending Sun, 1 Nov 2020

Bakal Berkahwin Mac Depan, Neelofa Sah Dirisik PU Riz?

Tahniah Lofa dan PU Riz, semoga hubungan yang dibina berakhir ke jinjang pelamin????

Featured Sun, 25 Jun 2023
Featured Tue, 14 Jun 2022
Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Featured Fri, 2 Aug 2024
Hiburan Tue, 25 Sep 2018

Gambar Seksi Uqasha Senrose Jadi Perhatian

Uqasha Senrose menggoda dalam…

error: Content is protected !!