Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 12, 2024 @ 10:38am

“Hubungan Kami Tetap Baik” – Lan Pet Pet Kembali Bersama Senario

Pelakon dan pelawak Lan Pet Pet, 54, memaklumkan dia sudah bersedia untuk kembali bersatu dengan kumpulan Senario.

Memetik laporan Harian Metro, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad berkata, walaupun dia sudah lama kurang berminat untuk aktif semula dalam karier seni dek kerana sibuk menguruskan perniagaannya dan bekerja dengan sebuah syarikat guaman di Kedah, namun arwah rakannya, Hamdan Ramli mahu dia kembali bersama kumpulan itu.

“Ketika menziarahi keluarga Hamdan pada hari dia dikebumikan, isteri arwah iaitu Lin (Norhamalini Ahmed) bertemu dengan saya dan isteri, Ruby (Rubytah Abu Bakar) memaklumkan Allahyarham selalu tanya dan ingat pada saya.

“Lin kata, arwah juga mahu saya bersama semula dengan Senario atas persahabatan kami semua sebagai satu keluarga. Saya pun bincang dengan Ruby dan kami sepakat, maka kini saya kembali bersama Senario semula,” katanya kepada pemberita.

Mengakui walaupun kurang mendapat perhatian, bapa kepada empat anak ini memaklumkan, hubungannya bersama semua anggota Senario sangat rapat seperti keluarga.

Malah, hubungan anak-anak juga baik dan mereka saling mengenali antara satu sama lain.

“Hubungan kami semua (Senario) tetap baik-baik selama ini, namun hanya saya seorang sebenarnya yang dah tak mahu aktif dalam karier seni. Apapun, saya teruja untuk terbabit dalam ‘showcase’ Senariounion yang akan berlangsung di Panggung Bangsawan Melaka pada 31 Ogos ini.

“Ketika arwah Hamdan sakit dan dia dirawat di Johor, saya memang tidak berkesempatan menziarahnya di sana. Cuma, saya dapat hadir pada hari pengebumian arwah dan berjumpa juga dengan semua rakan Senario yang lain.

“Lagi pula, sejarah saya bersama arwah Hamdan, Azlee, Wahid dan Pak Ya (Illya) bermula di Melaka pada awal kemunculan kami selepas Sinaran Pasport Kegemilangan dulu. Masa itu, kami belum jadi artis lagi dan ke sana untuk sertai Karnival TV3, tapi orang Melaka sambut dengan baik,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 14 Sep 2018
Featured Wed, 12 Feb 2025

Didakwa ‘Seronok’ Hasilkan Content Berunsur Songsang, Ini Respons Imran Bard: “Saya Minta Maaf, Tuduhan Itu Sangat Berat!”

Imran Bard meluahkan rasa kesal selepas video pendek yang dihasilkannya baru-baru ini menerima respons kurang enak.

Trending Mon, 16 Mar 2020

[SEMASA] Itali Catat 368 Kematian Tertinggi, COVID-19 Rekod 6,000 Korban Seluruh Dunia

Seluruh dunia semakin diancam, semua pihak semakin gusar

Hiburan Wed, 12 Mar 2025
Featured Fri, 5 May 2023
Trending Wed, 19 Sep 2018
Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Bawa Pulang RM100,000, Apex Tajudin Juara Mentor Milenia 2019

Saya juga berterima kasih dengan Mentor Hazama serta juri-juri tetap yang banyak memberi sokongan.

error: Content is protected !!