Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 13, 2024 @ 12:53pm

Didakwa Kaki Kongkong & Sebar Aib Isteri, Rakan Shuk Sahar Tampil Backup – “Paling Tersakiti! Burukkan Nama Suami Memang Nombor Satu”

Kemelut rumah tangga pelawak, Shuk Sahar dan Isteri, Fara Salleh semakin panas.

Terbaharu, seorang pengguna media sosial yang dipercayai rakan kepada Shuk tampil memberikan respons terhadap kenyataan tular yang dibuat Fara sejak Isnin menerusi hantaran di Instagram.

Katanya yang dikenali sebagai Raja Ridzuan Khai, dia menolak dakwaan yang dibuat Fara mengenai tuduhan Shuk menjaja cerita buruk mengenai dirinya kepada rakan-rakan.

Malah, turut mempertikaikan tindakan wanita itu yang didakwa sengaja memuat naik video rakan-rakan Shuk di media sosial.

“Kenapa perlu muat naik gambar kawan-kawan saya?? Kenapa nak cari salah kami pula? Bila masa kami mengumpat awak,” soalnya.

Dalam pada itu, Ridzuan juga mendedahkan bahawa Fara adalah individu yang bertanggung jawab menjaja aib dan cerita buruk mengenai suaminya di media sosial.

“Awak yang mengumpat suami awak dekat media sosial adalah.

“Awak malu kan suami awak waktu tengah berniaga di Singapura?,” katanya.

*Shuk tak pernah burukkan Fara*

Mengulas lanjut, Ridzuan memaklumkan bahawa rakannya yang dianggap sebagai abang itu tidak pernah memburukkan isterinya apatah lagi bercerita mengenai hal rumah tangganya kepada rakan-rakan seperti yang didakwa.

“Suami awak tak pernah nak backup siapa-siapa termasuklah tak pernah bercerita pasal awak.

“Dan kami pun tak pernah nak tahu cerita pasal awak.  Apa yang best sangat cerita pasal awak.

“Cukup-cukuplah burukkan suami dekat media sosial.  Betul atau tidak itu antara awak berdua. Ke, awak senagaja biar orang pandang suami awak jahat?,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raje Ridzuan Khai (@imraje)

 

Selain itu, Ridzuan tampil menjelaskan mengenai punca sebenar pergaduhan yang berlaku antara mereka sehingga timbulnya isu perceraian.

“Punca nak cerainya hal kecil je. Dia tuduh kawan  husband dia menganjing bila lalu depan-depan.

“Kawan saya ni berniaga tapak kuda. Normal lah orang meniaga mesti kena jerit-jerit tapak kuda nak panggil orang kan?

“Tapi dia boleh pula cakap budak ni menganjing dia. Tapak kuda tu pun barang kau juga bukannya nak ucap terima kasih bila orang tolong jual. Siap tuduh suami backup member. Bila suami kau backup kami? Kau malukan suami kau depan orang adalah. Jerit-jerit macam tak ada adab,” ujarnya.

Terdahulu, Fara meluahkan rasa kesal apabila dia dikutuk oleh rakan-rakan suaminya.

Bahkan, menyifatkan Shuk seorang suami yang baran, serta terlalu mengongkongnya sehingga dia tidak diberikan kebebasan.

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada Jalan Penyelesaian… Mengaku Menyesal Kahwin! Fara Salleh Minta Cerai Dengan Shuk Sahar – “Penat Kena Kongkong, Buat Semua Kerja Lelaki… Rimas!”

ARTIKEL BERKAITAN:Kecewa Suami Lebih Pertahankan Rakan, Fara Salleh Cabar Shuk Sahar Lafaz Cerai? – “Kawan Dia Nganjing Aku Tapi Dia Halau Aku…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Jul 2021

Video Kebenaran Rentas Negeri Bagi Individu Lengkap 2 Dos Vaksin Tular, Ini Respons KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kenyataan petikan video berdurasi 20 saat yang menunjukkan seolah-olah kerajaan memberi kebenaran untuk rentas negeri dan daerah bagi mereka yang telah lengkap menerima dos vaksin, seperti yang sedang tular di media […]

Featured Fri, 20 Mar 2020

Ubat selesema yang dibangunkan Jepun berkesan merawat koronavirus

Kajian klinikal di China tunjuk kesan positif

Hiburan Tue, 6 May 2025
Hiburan Tue, 12 Dec 2017

Bieber Pelawa Keaton Jones, Mangsa Buli Viral

Awak Boleh Anggap Saya Kawan”, Bieber Pelawa Keaton Jones, Mangsa Buli Viral Jadi Kawan Di Instagramnya

Trending Wed, 12 Dec 2018

Gelagat Selebriti Malaysia Melihat Perlawanan Malaysia Menentang Vietnam

Malaysia bakal beraksi di final kedua pada Sabtu, 15 Disember.

Featured Sat, 6 Sep 2025
Fab Foodies! Wed, 5 Dec 2018
error: Content is protected !!