Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 12, 2024 @ 3:59pm

Tiada Jalan Penyelesaian… Mengaku Menyesal Kahwin! Fara Salleh Minta Cerai Dengan Shuk Sahar – “Penat Kena Kongkong, Buat Semua Kerja Lelaki… Rimas!”

Pempengaruh, Fara Salleh mengejutkan ramai apabila dia meluahkan perasaan menyesal mendirikan rumah tangga bersama pelawak sensasi, Shuk Sahar.

Menerusi kenyatan dimuat naik di platform Threads miliknya, Fara menyifatkan Shuk seorang suami yang baran, serta terlalu mengongkong sehingga dia tidak diberikan kebebasan sama sekali.

Lebih menyedihkan, Fara berkata dia berasa seperti hidup seorang diri tanpa suami dalam perkahwinan yang menghampiri usia setahun itu.

“Menyesal kahwin is so real! Hampir setahun saya rasa macam ‘single’. Tak dapat kebebasan langsung. Semua perkara kena kawal, rimas.

“Saya buat semua benda seorang diri, kerja lelaki pun saya buat. Jadi untuk apa kahwin? Saya kerja dulu gaji cukup bayar rumah, kereta, kucing, membeli belah tak ada ‘pokai’ hujung bulan.

“Bila ada lelaki, eh pokai. Nak makan sedap, nak shopping… Baju lusuh je,” tulisnya.

Fara Salleh

Fara Salleh

Fara Salleh

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Fara yang aktif menjawab persoalan netizen di platform tersebut menegaskan dia tidak akan teragak-agak untuk memfailkan penceraian terhadap Shuk.

“I will fight to divorce. Tolong pujuk dia lepaskan saya, hanya Allah saja yang dapat balas kebaikan.

“Saya harap dia sedar kenyataan saya dan ceraikan saya,” tulisnya lagi.

Fara Salleh

Dalam masa yang sama, Fara menjelaskan rumah tangganya sudah tidak dapat diselamatkan lagi meskipun mereka telah berusaha untuk memperbaiki dengan berjumpa ustaz untuk meminta nasihat.

“Dah bincang secara personal, tak ada jalan. Berapa banyak ustaz dah nasihat,” luahnya.

Fara Salleh

Fara Salleh

Sebelum ini, Fara meluahkan rasa kesal apabila suaminya tidak mempertahankannya apabila dikutuk oleh rakan-rakan Shuk.

Sekadar info, Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga sekitar November tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Kecewa Suami Lebih Pertahankan Rakan, Fara Salleh Cabar Shuk Sahar Lafaz Cerai? – “Kawan Dia Nganjing Aku Tapi Dia Halau Aku…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 16 Aug 2024
Hiburan Tue, 9 Jul 2019
Hiburan Mon, 20 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Lima Finalis Tampil Dengan Identiti Berbeza, Masing-Masing Unik & Berbakat!

XTRA XSTAR 2025 semakin menghampiri episode akhir pada 31 Oktober 2025

Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Majlis Kahwin Berkonsepkan Kampung Di Rumah Pengantin Lelaki

Tak sabar nak menunggu majlis kahwin di rumah pengantin lelaki

Featured Wed, 3 Sep 2025
Hiburan Sat, 5 Oct 2019

Gosip Rumah Tangga Goyah, Suami Laudya Cynthia Bella Beri Bayangan…

Doakan yang baik-baik sahaja untuk pasangan ini. Amin!

Hiburan Thu, 9 Nov 2023

Baru Jejak Industri Seni Tapi 2 Anggota Dah Undur Diri… Anak Saudara Stacy Jadi Pelengkap The Gadys

Wahh!! Makin mantap lah The Gadys🔥🔥🔥 Apa-apa pun Gagal Cinta memang fun🫶🏻

Hiburan Tue, 13 Jun 2023
error: Content is protected !!