Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 14, 2024 @ 1:00pm

Kantoi Curang Termasuk Dengan Rakan Sendiri, Pempengaruh Popular Dibelasah Suami… Anak Baru Lahir Selamba Kena Tendang!

Pempengaruh media sosial popular Indonesia, Cut Intan Nabila  tampil mendedahkan perbuatan jahat suaminya, Armor Toreador.

Menerusi perkongsian di Instagram, Cut mendedahkan bukti berupa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai dipasang di dalam bilik tidurnya memandangkan kelihatan katil utama dan katil bayi mereka.

Menurut Cut, ini bukanlah kali pertama suaminya itu melakukan keganasan rumah tangga sebaliknya sudah lima tahun dia terpaksa bertahan hidup demi anak-anak.

Bahkan, sepanjang tempoh tersebut, Cut memberitahu suaminya sudah beberapa kali kantoi dengan beberapa wanita termasuklah dengan rakannya sendiri.

“Selama ini saya bertahan kerana anak, ini bukan kali pertama saya berdepan keganasan rumah tangga. Ada puluhan video lain yang saya simpan sebagai bukti.

“Lima tahun berkahwin banyak nama wanita mewarnai rumah tangga saya termasuk membabitkan beberapa rakan saya.

“Saya sudah berkali-kali memaafkan tapi tak pernah terbuka hatinya, ternyata benar kecurangan dan kekerasan rumah tangga tidak akan pernah berubah,” katanya.

Menerusi video pendek tersebut, Cut dilihat dibelasah suaminya dengan memukul, menumbuk dan mencengkam wanita itu.

Lebih menyayat hati, bayi mereka yang baru berusia 22 hari itu turut ditendang dalam pergaduhan tersebut.

Mengulas lanjut, ibu kepada tiga cahaya mata ini juga mengaku dia sudah tidak mampu lagi bertahan dan terpaksa menggunakan media sosial untuk mempertahankan dirinya.

“Maafkan saya jika selama ini menutup diri, membuat beberapa komen menyinggung, saya seorang diri tidak pernah membuka aib rumah tangga saya.

“Saya jaga martabatnya, hari ini saya sudah tidak mampu bertahan sendiri,” jelasnya.

Setakat artikel ini ditulis video tersebut telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dan menerima lebih tiga juta tanda suka sejak ia dimuat naik pada Selasa.

Sekadar info, suaminya merupakan pengasas dan ketua pegawai eksekutif syarikat perniagaan dandanan rambut terkemuka di negara itu.

Bahkan, dia juga merupakan graduan lulusan Universiti Al Azhar Indonesia dan memegang jawatan sebagai anggota Badan Pengurus Daerah Himpunan Pengusaha Muda Indonesia (Hipmi) Jawa Barat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Dec 2025

Luar Biasa! Jessc Dipilih Sebagai New Artists To Watch Oleh Rolling Stone

Kehadiran JessC sebagai wakil Asia buat pertama kali dalam ruangan tersebut menandakan betapa muzik rentas budaya semakin mendapat tempat di peringkat antarabangsa.

Trending Sat, 2 Dec 2017

Tuah Miliki Setem Tanpa Harga,Dijual Pada Harga RM5 Juta

Siapa sangka dengan miliki hobi mengumpul setem, seorang lelaki bakal bergelar jutawan dengan hanya sekeping setem yang mampu mencecah dengan harga RM5 juta, Menurut Syahril A Kadir di laman Facebooknya, pada 3 Jun 1967, pemilik […]

Hiburan Mon, 30 Sep 2019

“Motif” Sharifah Amani Kesal Di Laman Twitter?

Pelakon Harapan Wanita Festival Filem Malaysia ke-18, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya baru-baru ini meluahkan perasaannya di laman twitter apabila filem terbaru lakonannya, Motif tidak mendapat sambutan memberangsangkan di panggung.  Di manakah silapnya?   […]

Hiburan Thu, 11 Jan 2018

Farid Kamil Sah Positif Ganja

Perkara tersebut telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din.

Hiburan Wed, 29 Apr 2026

Dipuji Mentua Idaman Wanita, Sheila Rusly Usik Nak Jadikan Fazura Menantu – “Kalau Ada Anak Lelaki Lagi Boleh Jodohkan…”

Sheila sempat mengusik dan berseloroh mahu menjadikan Fazura menantu sekiranya dia mempunyai anak lelaki lagi.

error: Content is protected !!