Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal January 11, 2018 @ 4:26am

Farid Kamil Sah Positif Ganja

Hari ini mengenai Farid Kamil menyerang polis dan juga orang awam secara tiba-tiba, BH Online melaporkan bahawa pelakon tersebut positif ganja.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din.

 

“Sebaik sahaja polis menahan suspek, ujian air kencing dijalankan bagi mengesan sama ada dia berada di bawah pengaruh dadah. Hasil ujian terbabit mendapati dia positif dadah jenis ganja,” katanya kepada portal berita tersebut.

Selain itu, Mohd Zani turut menjelaskan berikutan kejadian itu, Farid kini disiasat kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis mengikut Seksyen 90 Akta Polis serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Jan 2023
Hiburan Mon, 17 Jun 2019
Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Munafik 2 Bakal Saingi Kutipan Hantu Kak Limah?

Pihak Skop Productions turut positif dalam jumlah kutipan memandangkan kutipan filem Hantu Kak Limah berjaya mencecah sehingga RM 32 juta.

Featured Thu, 9 Feb 2023

KJ Sah Jadi DJ Hot FM Mulai Rabu Depan

Fuh! Tak sabarnya nak dengar KJ dekat Bekpes Hot nanti!

error: Content is protected !!