Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 21, 2023 @ 1:29pm

Bekas Isteri Dedah Hafidz Roshdi Bagi Nafkah RM100 Pada Anak-Anak, Komen Shuk Sahar Pula Curi Perhatian! – “Mungkin Dia Tengah…”

Baru-baru ini, nama pelakon sensasi Hafidz Roshdi hangat menjadi perbualan ramai di media sosial selepas bekas isterinya, Nurul Shuhada mendedahkan aktor itu memberi nafkah RM100 seorang kepada dua anaknya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, pelawak kontroversi Shuk Sahar menjadi tumpuan apabila meninggalkan komen di Instagram portal hiburan yang melaporkan berita mengenai Hafidz memberi nafkah RM100 kepada anak-anak.

Sekian lama tidak memunculkan diri, Shuk bertindak meninggalkan komen di muat naik portal hiburan itu mengatakan Hafidz disyaki membuat trend TikTok ‘pinjam seratus’.

“Mungkin dia tengah buat trend TikTok pinjam seratus kot,” tulis Shuk.

Shuk Sahar

Menjengah ke ruangan balas, ada segelintir netizen yang mengkritik perbuatan Shuk itu yang mengatakan pelawak ini juga curang kepada isteri, sama seperti Hafidz.

Namun begitu, sesetengah netizen terhibur membaca komen Shuk yang dianggap ‘savage’.

Hafidz Roshdi

Hafidz Roshdi

Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan Shuhada disyaki belum move on apabila menggunakan foto lama bersama Hafidz demi mempromosikan produk.

Tidak berdiam diri, Hafidz membuat satu video menyelar tindakan bekas isterinya untuk segera memadam atau menukar foto tersebut sebelum dia mengambil tindakan.

Artikel Berkaitan: Nurul Shuhada Dituduh Tak ‘Move On’ Gara-Gara Kongsi Foto Lama Dengan Hafidz Roshdi, Ini Penjelasan Empunya Badan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bekas Isteri Muat Naik Gambar Manis Ketika Masih Bersama, Ini Respons Hafidz Roshdi – “Dah Tak Ada Originaliti Ke?”

Artikel Berkaitan: “Bangkit, Gunakan Kudrat!” – Dedah Bekas Suami Beri Nafkah Anak RM100, Individu Pula Dakwa Nurul Shuhada Tak Bersyukur?

Sekadar info, Shuk dan bekas isterinya, Rossa Sera sah bercerai talak satu pada 22 Mac lalu selepas lebih setahun status rumah tangga menjadi tanda tanya.

Shuk berkata keputusan untuk berpisah dibuat secara baik selepas mereka pulang dari menunaikan ibadah Umrah pada Januari lalu.

Untuk rekod, Sera atau nama lengkapnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu selepas pelawak itu didakwa curang.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3 tah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 18 Nov 2018

Pergh…Tiket ‘Early Bird’ Konsert Reunion Dewa 19 Live In KL SOLD OUT!

Melihat keseluruhan tiket early bird terjual dengan begitu laris dan habis dalam tempoh lima hari adalah satu perkembangan yang cukup positif.

Hiburan Thu, 25 Oct 2018
Hiburan Mon, 2 Mar 2026
Hiburan Mon, 15 Jan 2024
Featured Fri, 3 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: 5 Peserta Paling ‘Meletop’ Dengan Tontonan Video Tertinggi

Pencarian bakat paling hangat #xtraxstar2025 kini semakin meriah apabila persaingan peserta kian sengit dengan pelbagai persembahan kreatif dan luar biasa.

Hiburan Thu, 3 Oct 2019

Api Marak Menjulang Ke Langit Pusat Kualiti Alam Terbakar

Kebakaran melibatkan cecair serta bahan-bahan mudah terbakar di stor Pusat Kualiti Alam

Trending Mon, 24 Dec 2018

Perbualan Comel Sajat Dan Orang Tuanya. Ayahnya Bilang Sajat Perempuan!

Sajat memuat naik satu video di laman Instagram yang menampilkan ibu bapanya bagi memberi penjelasan berhubung status jantinanya.

Trending Thu, 4 Jun 2020

Penjarakkan Sosial Juga Perlu Didalam Bilik Guru – KPM

Bukan pelajar je kena patuhi SOP ye

Hiburan Sat, 1 Sep 2018

Keranda, Gaun dan Kasut Tinggi Mendiang Aretha Franklin Jadi Perhatian

Difahamkan, mendiang telah berganti baju sebanyak 2 kali. Jenazah juga dibaringkan dalam sebuah keranda bersalut emas 24 karat serta menyarungkan gaun merah dan kasut bertumit tinggi.

error: Content is protected !!