Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom December 24, 2018 @ 11:00am

Perbualan Comel Sajat Dan Orang Tuanya. Ayahnya Bilang Sajat Perempuan!

Dalam keadaan apapun seseorang anak itu, hanya ibu bapa saja yang memahami. Malah menerima kita di saat jatuh tersungkur, dihina, dikeji dan dicerca!

Biarpun tindakan kedua ibu bapa Nursajat, mempertahankan status jantina usahawan kosmetik itu mendapat keceman netizen, namun dari satu sudut yang lainnya, terserlah utuhnya kasih sayang keluarga ini.

Kontroversi terbaru membabitkan Sajat bermula, apabila pendedahan nama sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat sewaktu dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini tular di media sosial.

Susulan itu, Sajat tampil memberi penjelasan untuk menafikan laporan media yang memetik namanya sebagai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.

Tidak cukup dengan itu, personaliti itu pada Sabtu memuat naik satu video di laman Instagram yang menampilkan ibu bapanya bagi memberi penjelasan berhubung status jantinanya.

“Hanya mak ayah sahaja yang tahu siapa anak dia, bukan wartawan, bukan orang luar.

“Mak yang melahirkan anaknya, mak saya tahu siapa saya, mak kata saya khunsa,” tulisnya menerusi kapsyen posting berkenaan.

Dalam video itu, ibunya yang berada di dapur sebelum Sajat muncul dan mengadu perihal cakap-cakap netizen mengenai status jantinanya. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

saya memang rapat dengan keluarga!!! apa masalah sekali pun,saya tetap mengadu kat mak ayah saya..orang luar tak kan faham apa kita rasa..hanya mak ayah sahaja yang tahu siapa anak dia..bukan wartawan,bukan orang luar,ini mak saya,mak yg melahirkan anak nya..mak saya tahu saya siapa..mak saya kata saya khunsa..saya sedih orang dok hina hina saya..bukan saya nak jadi macam ini..siapa nak di lahirkan serba kekurangan ????..alhamduillah keluarga saya dan adik beradik saya sentiasa bersama saya ????????????????????bila berlaku mcm ini,keluarga tetap support saya..biar lah orang hina kita,keji kita,bercakap macam2 pasal kita..mereka kenal kita dia media sahaja,bukan dia tahu sajat siapa!! takpe sajat,mak ayah ada..orang nak kata apa,kata lah..yang penting mak ayah saya tahu saya siapa..sajat buat jer kerja sajat,jaga anak2,jaga perniagaan,jaga diri.,focus berniaga..kita susah pun orang mengata,kita senang pun orang mengata..asalkan sajat tak ada tipu duit orang..terima kasih mak ayah,time sajat down,keluarga tetap bersama kita…yang baik datang dari Allah,yang jahat datang dari kita..jangan sesekali kita menghina,klu sayang tegur dengan cara kasih sayang..morning semua..love you all..salam semangat dari saya..nursajat ❤️

A post shared by اجرام جت (@ajramjat02) on

“Mak yang lahirkan Ajat (Sajat) mak yang mengandungkan Ajat, apa nak pedulikan dorang.

“Banyak sangat cakap tengok cili ni, cili padi kampung kalau kena mulut orang mengata tu haa…,” kata wanita itu kepada Sajat sambil memotong cili.

Selepas itu muncul pula bapanya yang secara terbuka mengakui Sajat adalah perempuan.

“Sajat ni perempuan la, bayar RM300 juta kalau nak tengok, sekali imbas je boleh,” kata ayahnya.

Dalam pada itu, Sajat menutup ruangan komen di posting video berkenaan dan ia sehingga kini sudah menerima hampir 300,000 tontonan.

Pada Rabu, Sajat didenda RM2,700 oleh Mahkamah Seksyen Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia.

Dia bagaimanapun berang apabila namanya disebut sebagai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dalam laporan media dan menafikan nama tersebut adalah nama asalnya.

“Bukan, tak betul. Nama saya bukan Muhammad Sajjad tapi nama penuh saya Sajat Kamaruzzaman.

“Nama dalam IC (kad pengenalan) hanya S… A… J… A… T… Kamaruzaman. Tak ada Muhammad pun,” katanya kepada sebuah portal hiburan baru-baru ini.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 7 Mar 2020
Hiburan Tue, 11 Apr 2023
Featured Wed, 25 Aug 2021

26 Guru Di Perlis Didakwa Enggan Terima Vaksin

Isu melibatkan kakitangan kerajaan yang menolak vaksin semakin menjadi perdebatan di kalangan ramai. Terbaru, seramai 26 guru sekolah di Perlis dikesan enggan menerima suntikan vaksin COVID-19. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia, Sains, Teknologi […]

Trending Thu, 30 Jan 2020

Jack Ma Derma 100 juta yuan (RM58.92 juta) Untuk Vaksin Koronavirus

USAHAWAN tersohor dunia, Jack Ma mendermakan 100 juta yuan (RM58.92 juta) melalui yayasannya bagi membantu membangunkan vaksin baharu melawan koronavirus yang telah menjangkiti ribuan orang dan membunuh sekurang-kurangnya 170 mangsa. Media sosial milik Yayasan Jack Ma berkata, […]

Trending Sat, 18 Dec 2021

Banjir Melanda Pusat Dagangan Dunia KL, Anugerah Drama Sangat 2021 Ditangguhkan

Anugerah Drama Sangat 2021 yang berlangsung sebentar tadi terpaksa ditangguhkan dan pemenang bagi lima kategori lain bakal diumumkan esok. Penangguhan ini disebabkan oleh bencana banjir yang melanda Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), tempat […]

Trending Mon, 15 Jun 2020

Pencari Kerja Kini Boleh Mohon PenjanaKerjaya, Bayaran Insentif Bermula 1 Julai

Sedikit info dan berita baik buat mereka yang hilang kerja ketika PKP..

Trending Mon, 1 Aug 2022

“Paru-Paru Ada Tar, Dah Rosak” – Alif Satar Dedah Pesakit COVID-19 Merokok Terima Rawatan Berbeza

Alif Satar mendedahkan pesakit COVID-19 yang merokok dirawat dengan cara berbeza.

Hiburan Thu, 2 Jul 2026

Rekod Anak Dipersoal Tak Setanding MSSM, Rita Rudaini ‘Sekolahkan’ Netizen – “Semua Atlet Bermula Dari Bawah”

Rita meluahkan rasa kurang senang terhadap komen yang mendakwa kejayaan anaknya di peringkat MRSM tidak boleh disamakan dengan kejohanan MSSM

error: Content is protected !!