Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie October 12, 2023 @ 9:50pm

Ramai Pihak Ambil Kesempatan Atas ‘Hijrah’ Zul Handy Black – “Saya Tukar Genre, Bukan Kerjaya”

Bekas vokalis kumpulan rock, Zul Handy Black meluahkan rasa terkilan kerana menerima tawaran dengan bayaran murah untuk menjayakan persembahan.

Tampil dengan imej Islamik sejak tahun 2020, ramai yang salah faham dengan penampilannya dan menyangka Zul bergelar ‘ustaz’ selepas penghijrahan yang dilakukan.

Memetik laporan Harian Metro, Zul menjelaskan dia masih menerima undangan untuk persembahan nyanyian di karnival-karnival dakwah sama ada secara solo atau berkumpulan bersama-sama Assalam Buskers namun gara-gara berpenampilan Islamik, wujud beberapa pihak yang cuba mengambil kesempatan membayar dengan harga yang rendah.

“Tak dinafikan saya pernah terkena senario ditawarkan harga rendah. Jadi benda itu kita bincang semula untuk memudahkan semua pihak.

“Saya sebenarnya bukan tukar kerjaya tetapi tukar genre sahaja. Apabila orang bertanggapan ustaz-ustaz ini, kena bayar seikhlas hati, murah-murah sahaja, ia memang salah.

“Pada saya tak kira ustaz atau siapa sahaja, tambah lagi saya bukan ustaz pun dan tak sampai lagi tahap itu. Kita pergi stesen minyak pun kalau isi minyak RM10, tetap kena bayar RM10. Nak beli beras pun kalau 10 kilogram dah RM40, tetap kena bayar harga yang sama juga.

“Tak ada pun peniaga kata ustaz bayar ikhlas berapa pun tak apa. Tak dapat pun macam tu. Benda ini kita jadikan salah satu punca pendapatan juga,” katanya.

Tambah Zul, persembahan yang dijayakan merupakan sumber rezeki serta medan dakwah dan bayaran yang diminta adalah berpada-pada dan bukanlah melambung tinggi.

Zul mendakwa terdapat juga penganjur mengambil kesempatan atas penganjuran konsert amal gara-gara dakwaan yang mengatakan ia ditaja oleh pelbagai pihak.

“Bila kita kenakan bayaran bermula dari perbincangan yang pertama lagi dan sudah berjanji nak bagi komitmen dengan minta bayaran, mereka terus kata ia show amal.

“Kalau mereka nak buat amal, buatlah tapi artis kena bayar. Kecuali kalau kami sendiri rela hati turun padang buat kebajikan itu cerita lain,” katanya.

Rentetan itu, Zul berharap agar orang ramai mengubah ‘mindset’ mereka terhadap beliau serta persembahan amal yang dianjurkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Feb 2020
Featured Mon, 11 Mar 2024
Hiburan Sat, 21 Aug 2021

Sajian Program Menarik Bersempena Dengan Kempen Kita Malaysia #BaikSemula

Mari kita mengambil iktibar dan sebarkan semangat juga inspirasi ketika menyambut Bulan Kebangsaan yang istimewa ini. Bersempena dengan Kempen Kita Malaysia #BaikSemula oleh Media Prima Berhad, kami menyajikan pelbagai program inspirasi daripada genre berita, bual […]

Hiburan Wed, 5 Jun 2024
Featured Sat, 24 May 2025

“Kalau Wanita Fail Cerai Mesti Ada Sebabnya” – Zehra Zambri 

Zehra Zamri menolak dakwaan kononnya wanita mudah memfailkan penceraian.

Featured Mon, 15 Dec 2025

Rita Rudaini Lantang Sokong Saranan Kerajaan Isu Culas Bayar Nafkah – “Kalau Tak Sampai Kiamat Pun Tak Settle”

Menurut Rita, isu nafkah bukan perkara baharu dan sudah berlarutan sejak sekian lama tanpa ada jalan penyelesaian.

Events Fri, 18 Oct 2019

5 Perkara Menarik Yang Korang Patut Try Di Skytropolis Funland!

Buat korang yang tidak tahu mana nak pergi weekend ni, Skytropolis Funland Genting Highland ada jawapannya!

Hiburan Fri, 31 Jan 2025
Hiburan Mon, 27 Feb 2023

Kenali ‘The JoKeRs,’ Trio Fly FM Yang Menghiburkan

Memang tak sah kalau tak kelakar!

error: Content is protected !!