Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 7, 2023 @ 12:15pm

“Sejak Arwah Mamat Khalid Tiada, Tawaran Memang Sedikit” – Delimawati

Pelakon senior, Delimawati mengakui terpaksa berjimat cermat selepas hampir tujuh bulan tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

Menurut laporan Media Hiburan, Delimawati yang kini tinggal bersama anaknya berkata, dia tidak keluar kemana-mana bagi mengurangkan perbelanjaan harian.

“Saya dah lama tak keluar rumah atau pergi ke mana-mana. Salah satu sebabnya saya sudah lama tiada tawaran berlakon. Hampir tujuh bulan juga.

“Sekarang ini, bila nak keluar, macam-macam nak kena fikir. Duit minyak dan tol lagi. Saya tak malu nak bercerita sebab ini perkara betul.

“Saya kini hanya duduk dengan anak. Apa yang anak makan, itu juga yang saya makan. Kini kami hanya mengharapkan menantu sebab dia seorang sahaja yang bekerja.

“Anak-anak yang menjadi harapan saya pula sudah meninggal dunia. Rasa macam tiada harapan lagi. Kini tinggal yang bongsu sahaja bersama saya,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem seram popular Hantu Kak Limah ini berkata, tawaran berlakon semakin berkurang selepas pemergian pengarah tersohor, Allahyarham Mamat Khalid.

“Sejak arwah tiada, tawaran memang sedikit. Kalau arwah masih ada, ada juga filem-filem yang dia akan buat untuk menaikkan nama artis vateran supaya orang masih tahu kita aktif.

“Ketika ini, ramai yang ingat saya tak aktif. Peminat kerap tanya di Facebook. Saya masih aktif tapi tak diperlukan. Itu sumber rezeki kita tapi orang tak panggil.

“Mungkin sekarang ini, pelakon yang dahulu pegang watak anak, kini dah jadi mak. Tinggal apa lagi untuk kami? Jadi nenek atau hantu je ke?

“Mungkin mereka melihat kami ini tidak memerlukan pekerjaan hari-hari. Kami ada rumah, kereta dan perbelanjaan yang perlu dibayar,” katanya lagi.

Tambah Delimawati lagi, dia tidak akan sesekali merayu kepada pengarah atau penerbit untuk memanggilnya berlakon dalam sesebuah naskah.

“Mereka bukan tak kenal saya. Takkan la saya nak telefon pengarah suruh ambil berlakon. Saya sudah berlakon sejak tahun 1987. Mereka tahu kemampuan saya.

“Kalau mereka mahukan khidmat saya, mereka akan panggil. Kalau tak panggil tu, kita faham sendiri la,” tutupnya.

Sumber: Media Hiburan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Sep 2019

Tom Holland is Not Happy at People Spreading Rumours of His Love Life

Our favourite Spider-Man finally addressed his dating rumour with a mystery woman.

Featured Thu, 29 Sep 2022

“Apa Perasaan Anda Jika Ada Penumpang Wanita Mengherdik…” – Fazura

Fazura kongsi kejadian semasa bawa anak-anak kecil dan autistik naik kapal terbang, tapi lain yang jadi… 🥺

Trending Wed, 13 Dec 2017

Keputusan Cemerlang PT3 Seorang Anak Tukang Cuci

Ina Najwa Ruzaidi untuk tampil cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) walaupun kehilangan bapa bukan alasan untuk tidak berjaya

Hiburan Mon, 3 Feb 2025
LIFESTYLE Mon, 26 Nov 2018

Buat Persiapan Timang Anak Pertama, Pasangan Diraja Ini Pindah Rumah

Pasangan diraja ini bakal tinggal di kotej bersejarah di Estet Windsor milik keluarga diraja pada awal tahun hadapan.

Hiburan Thu, 8 Jan 2026

Video Pentas Konsert Di Stadium Tersebar, Siti Nurhaliza Pesan Peminat Jangan Buat Penilaian Awal

Siti Nurhaliza menjelaskan tindakan tersebut boleh mengundang kekeliruan

error: Content is protected !!