Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 14, 2024 @ 9:13pm

Bomba Temui Mayat Lelaki Memakai Baju Nombor 56 Di Sekitar Jambatan Sungai Klang

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor menemui satu mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang.

Menerusi laporan berita Buletin TV3, Ahmad Muks Mukhtar, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, berkata, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.

Bagaimanapun, pihak polis belum mengesahkan sama ada jasad yang ditemui itu adalah abang penyanyi, Aufahanie iaitu Nidza Afham Mokhtar yang dilaporkan hilang sejak petang, semalam

Sebelum ini, abang iparnya, Effie Amron memaklumkan kelibat Afham yang memakai baju gelap bernombor 56 dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran pada jam 9.03 malam.

“CCTV semua saya dah tengok kecuali satu CCTV berhampiran Masjid India Muslim Tengku Kelana, itu saya tak nampak lagi.

“Kelibat memang nampak jelas, baju jersi, orang nampak dia jogging, memang itu pakaian dia.

“Kali terakhir dalam jam 9.03 malam. Memang dia berhampiran dengan tempat dia jumpa telefon bimbit ni. Memang situ lah kita nampak kelibat terakhir dia,” katanya.

Aufahanie
Terdahulu, Aufahanie berkongsi berita cemas mengenai abangnya, Nidza Afdham yang gagal dikesan sejak petang, semalam selepas keluar jogging.

Artikel Berkaitan: Abang Aufahanie Gagal Dikesan Selepas Keluar Jogging! Lokasi Terakhir Di Jambatan Sungai Klang 

Sumber: Buletin TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 24 May 2018

Minister of Defence Mat Sabu’s Home a Humble Abode

People are very much infatuated by the Minster of Defence’s humbleness.

Featured Sat, 3 Dec 2022
Hiburan Sat, 29 Mar 2025
Events Mon, 17 Apr 2023
Program TV Tue, 30 Nov 2021

Ada Dinobat Sebagai Juara Idola Kecil Di Rumah, Bawa Pulang RM20,000!

Selepas lapan minggu bersiaran, program Idola Kecil Di Rumah telah sampai ke penghujungnya pada hari Ahad yang lepas 28 November 2021 dan menobatkan Adaputra Iskandar Danial Asdahrizam (Ada) bergelar juara. Peserta berusia 11 tahun yang […]

Hiburan Sat, 11 Aug 2018

Naik Angin Di Twitter, Pelakon Filem Pulang Minta Maaf

Individu berkenaan tiba-tiba menyentuh mengenai otot (biceps) dan jambang yang jelas tidak ada kaitan dengan lakonan saya dalam filem Pulang. Hurm… siapa yang tak naik angin kan?

error: Content is protected !!