Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 15, 2024 @ 11:03am

“Setakat Ini Tak Tahu Ada Kecederaan Atau Tidak” – Kakak Sulung Arwah Nidza Afham Harap Proses Bedah Siasat Lancar

Kakak sulung kepada arwah Nidza Afham iaitu Irfahanie memaklumkan, pihak keluarga berharap agar proses bedah siasat berjalan lancar pada hari ini.

Memetik laporan OhBulan, Irfahanie dan ahli keluarga setakat ini tidak mengetahui keadaan jenazah sama ada terdapat sebarang kecederaan ataupun tidak.

“Setakat ini kami tak tahu keadaan jenazah itu macam mana, ada kecederaan ke tak, kita tak tahu.”

“Jadi saya harap yang baik-baik saja supaya dia tidak terseksa. Kami harap yang baik-baik sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, suami kepada Irfahanie iaitu Muhammad Effie Amron, 34, ketika ditemui di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam gagal menahan sebak apabila berkongsi momen ketika arwah ditemui pada malam tadi.

“Saya yang buat pengecaman mayat sekitar jam 8 malam semalam (Rabu). Saya yakin itu adalah dia (Nidza) berdasarkan wajah dan pakaian yang dipakai,” kongsinya.

Terdahulu, adik arwah yang juga penyanyi Aufahanie ada berkongsi maklumat mengenai kehilangan abangnya itu Ayang dikatakan gagal dikesan sejak petang, semalam selepas keluar berjogging.

Namun, sejak malam tadi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor memkalumkan telah menemui satu mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang dengan memakai pakaian gelap bernombor 56.

ARTIKEL BERKAITAN:“Bahagialah Di Syurga Firdausi”- Aufahanie Sifatkan Arwah Seorang Abang & Anak Yang Baik

ARTIKEL BERKAITAN:Bomba Temui Mayat Lelaki Memakai Baju Nombor 56 Di Sekitar Jambatan Sungai Klang

 

Sumber: OhBulan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 19 Oct 2020
Hiburan Mon, 29 Aug 2022
Featured Wed, 12 Mar 2025

Kongsi Rutin Sepanjang Ramadan, Neelofa Habiskan 4 Jam Sehari Baca Al-Quran

Neelofa akan bangun seawal pukul 4.30 pagi untuk mengerjakan solat sebelum bersahur.

Hiburan Wed, 12 Sep 2018

#ABPBH31; Tahun Ketiga Tercalon, Abam Terkejut?

Suami kepada Siti Nurhidayah Mohd Ali ini juga meluahkan rasa syukur kerana masih mendapat sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi.

Featured Mon, 3 Sep 2018

Daripada Autisme Kepada Genius, Individu Ini Buktikan Autisme Bukan Satu Kekurangan

Pengidap autisme, Dr. Temple Grandin buktikan bahawa perbezaan bukan bermakna kekurangan.

Hiburan Mon, 30 Mar 2026

Kongsi Foto Bersama Seorang Jejaka, Adira Suhaimi Dah Temui Pengganti?

Adira seakan memberi bayangan hatinya kini sudah dimiliki oleh individu tersebut.

TECH Tue, 14 May 2019

Prep Yourself for Raya with Lazada’s Raya Together-gether Campaign

It’s all about being with our family members during the holidays.

error: Content is protected !!