Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi August 29, 2022 @ 8:00pm

“Kita Tak Boleh Haramkan Konsert Mereka, Tetapi…” – Raihan Seru Kerajaan Pantau Konsert Artis Luar

Kumpulan Nasyid, Raihan menyarankan kerajaan perketat pemantauan artis luar negara yang ingin membuat persembahan di Malaysia sebagai jalan penyelesaian terbaik membendung apa yang didakwa membawa anasir buruk, berbanding menyenaraihitamkan mereka.

Anggota Raihan, Abu Bakar Md Yatim, berkata biarpun tugas itu agak rumit untuk dilaksanakan, ia perlu bagi mengelak tersebar pengaruh tidak baik terutama kepada generasi muda.

“Sebagai Muslim, sudah tentu kita tidak mahu anak terpengaruh unsur negatif yang mereka bawa terutama daripada mesej lagu dinyanyikan.

“Adalah lebih baik jika sebelum membenarkan mereka mementaskan konsert di sini, pihak berwajib memantau latar belakang penyanyi terbabit seperti lirik lagu dan video muzik mereka.

“Tugas ini mungkin agak rumit kerana terpaksa mengkaji satu demi satu lagu mereka. Saya percaya tidak semua lagu daripada album penyanyi terbabit mempunyai mesej negatif.

“Namun, itu lebih baik daripada terus mengharamkan persembahan mereka. Kalau rajin, mungkin boleh pantau satu persatu lirik lagu mereka.

“Tetapi kalau malas, ‘banned’ sahaja,” jelasnya.

Tambah Abu Bakar, alternatif lain yang boleh diambil adalah memperbanyakkan konsert yang membawa mesej positif.

“Jika artis luar menyebar pengaruh bertentangan dengan agama dan budaya kita menerusi lirik, kita kena lawan dengan konsert yang mempunyai mesej positif.

“Kita tidak boleh haramkan konsert mereka atau halang anak muda pergi ke konsert terbabit.

“Tetapi kita sediakan pilihan untuk mereka iaitu menyajikan konsert berkonsep berhibur sambil berdakwah,” katanya.

Sempena ulang tahun ke-25 pembabitan Raihan dalam bidang muzik tanah air, Raihan akan menganjurkan Konsert Garis Masa Raihan, pada 26 November depan yang bakal diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Semarak Kembali Muzik Nasyid, Raihan Muncul Dengan Konsert Garis Masa November Ini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Aug 2019

Penuh Debaran, Aksi Luar Biasa…SANGKAR Di Pawagam 29 Ogos Ini!

Jangan lupa untuk saksikan filem SANGKAR

Hiburan Sun, 14 Jul 2019

Tidak Hadir Pertunangan Anak, Bapa Zahirah Macwilson Akhirnya Buka Mulut!

Pernah berlaku dia tak datang tengok anak kedua ini selama enam bulan. Jadi saya ambil keputusan bawa isteri dan anak kedua ini ke Perth.

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Al-Fatihah…Bapa Wak Doyok Sudah Tiada

Al- Fatihah… Salam takziah buat seluruh keluarga Wak Doyok. Semoga dikurniakan kekuatan untuk menempuh ujian ini.

Featured Tue, 12 Oct 2021

Excited Nak Rentas Negeri… Tapi Sebelum Tu, Jangan Lupa Buat 5 Perkara Ini!

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan kebenaran merentas negeri akan dikuatkuasakan serentak di seluruh negara mulai semalam. Tiada lagi sekatan dibuat, jadi, tak perlulah mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa untuk merentas negeri. […]

Trending Wed, 21 Nov 2018

日本麦当劳推「超Q」薯条饮料提篮!

说到日本就一定会跟「限定」扯上边!日本麦当劳今年冬天不仅推出了许多限定餐点,还与Sanrio三丽鸥及TOMY PLARAIL铁道王国合作,推出了超实用的饮料提篮!

error: Content is protected !!