Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella October 12, 2021 @ 6:50pm

Excited Nak Rentas Negeri… Tapi Sebelum Tu, Jangan Lupa Buat 5 Perkara Ini!

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan kebenaran merentas negeri akan dikuatkuasakan serentak di seluruh negara mulai semalam.

Tiada lagi sekatan dibuat, jadi, tak perlulah mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa untuk merentas negeri.

Ramai rakyat Malaysia menantikan pengumuman ini kerana telah lama tidak berjumpa ibu bapa dan keluarga di kampung.

Ada juga tak sabar menggunakan peluang ini untuk cuti-cuti Malaysia, syoknya!

Namun, orang ramai masih terikat dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dari segi pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal sebaik pulang ke kampung halaman, jangan lupa ikut SOP tau!

Xtra senaraikan 5 perkara yang harus anda lakukan sebelum merentas negeri:

#1 Melakukan kit ujian kendiri COVID-19

Sebelum bergerak ke kampung halaman, anda disarankan melakukan ujian pengesahan COVID-19 kendiri.

Sekiranya gejala seperti demam, batuk, selesema dan sesak nafas, anda dinasihati untuk menangguhkannya terlebih dahulu.

#2 Pastikan rehat mencukupi

Sekiranya anda ingin memandu jarak jauh, pastikan anda telah mendapat rehat secukupnya.

Sebelum bergerak, tidurlah dulu selama satu atau dua jam. Ia boleh menjadikan anda lebih segar untuk memandu selepas itu.

#3 Periksa kereta sebelum perjalanan jauh

Anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan teliti sebelum memulakan perjalanan jauh. Pastikan kereta anda berada dalam keadaan yang baik untuk mengelakkan masalah semasa dalam perjalanan.

Jangan lupa juga untuk isi minyak kereta sampai penuh supaya kereta tidak mati tengah jalan!

#4 Rancang perjalanan

Sebaik-baiknya rancang waktu perjalanan dahulu bagi mengelakkan kesesakan jalan raya terutama di lebuh raya nanti.

Cuba anda cari masa yang sesuai di mana orang ramai tidak pulang serentak. Contohnya, pulang ke kampung seawal selepas waktu solat subuh atau larut malam.

#5 Jangan lupa sanitizer dan mask!

Tahulah dah boleh rentas negeri, tapi norma baharu kehidupan seperti memakai sanitizer dan topeng jangan dilupakan pula setiap kali anda keluar.

Amalkan norma baharu ini di mana-mana sahaja anda berada bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Kredit foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Aug 2024

Peguam Sahkan Syamsul Yusof Fail Cerai Ira Kazar Pada Petang Isnin

Benar, Syamsul telah failkan cerai terhadap Ira pada petang tadi (Isnin) – Peguam Azmi Rais

LIFESTYLE Wed, 20 Jun 2018

Pakai Shampoo Mahal Tapi Rambut Tetap ‘Sedih’, Apa Perlu Korang Buat?

Jangan amalkan sikap Asal Boleh! Ini tidak, anda guna saja syampu yang ada depan mata dan tak payah keringkan rambut atau menyisir kemas rambut yang dibiarkan kusut masai. Walhal itu antara penyumbang rambut mudah rosak.

Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Hiburan Tue, 17 Sep 2019
Trending Tue, 28 Aug 2018

Family Accidentally Leaves Sleeping Toddler Behind, Comes Back Hours Later

They didn’t even realise that their child was missing for HOURS!

Featured Wed, 3 Sep 2025
Hiburan Tue, 5 Aug 2025

“Saya Diugut, Dicaci, & Dibaling Batu Waktu Rehat” – Farahdhiya Dedah Kisah Hitam Dibuli

Farahdhiya dibuli, nama diconteng dalam makmak, dibaling batu

Featured Sat, 28 Jan 2023

“Dia Sangat-Sangat Sihat” – Siti Bainun Nafi Dakwaan Pijak & Tendang Perut Bella

Jika saya berniat cederakan Bella, tak mungkin saya akan cuba sembuhkan – Siti Bainun

error: Content is protected !!