Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Aqilah Paharuzi August 17, 2024 @ 4:56pm

“Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah” – Transkrip Rakaman Suara Detik Cemas Juruterbang Nahas Elmina

Laporan penuh kes insiden pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1), N28JV yang terhempas di Elmina, Shah Alam pada tahun lalu didedahkan kepada umum.

Memetik laporan Harian Metro, Biro Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) mengeluarkan transkrip perakam suara kokpit pesawat itu.

Berdasakan laporan akhir insiden tersebut, transkrip perakam suara itu menunjukkan juruterbang berkomunikasi dengan menara kawalan Subang sebelum mendarat.

Pesawat itu telah mendapat kebenaran untuk mendarat ketika menghampiri Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Pada jam 06:48:56.9 (Koordinasi Masa Sejagat/Coordinated Universal Time) itu terdapat bunyi klik dirakam melalui mikrofon di kawasan kokpi atau sumber bunyi.

Bunyi tersebut menandakan lift dump spoilers pesawat tersebut telah diaktifkan.

Namun begitu, bunyi yang sama dengan nada amaran lift dump kedengaran selama satu setengah saat.

Elmina

Berikut merupakan transkrip rakaman suara detik air dialami juruterbang dan pembantu juruterbang (SIC) yang cemas dan ketakutan ketika tragedi menyayat hati itu berlaku.

Jam 06:49:00.0
SIC: Woah woah woah woah woah woah woah woah. Apa yang sedang berlaku?

Jam 06:49:10.2
SIC: Oihhh… oihhh oihh.

Jam 06:49:11.2
PIC/Juruterbang: Ya Allah. [menjerit]

Jam 06:49:11.2
SIC: Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah [menjerit]

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Sep 2022
Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Featured Tue, 29 Apr 2025

“Tak Pernah Plan Tu Tipulah…” – Amira Othman ‘Pecah’ Rahsia, Rancang Pakai Baju Sedondon Dengan Fattah Amin

Amira tampil memberikan penjelasan ringkas namun mencuit hati mengenai penampilan sedondon tersebut

Drama Tue, 31 Dec 2024

Erysha Emyra Mendunia! Watak Aminah Dalam ‘Aku Bukan Ustazah’ Tambat Hati Peminat Drama Sangat Di Tahun 2024

Watak Aminah lakonan Erysha Emyra memang meninggalkan kesan di jiwa penonton Drama Sangat!

Hiburan Fri, 5 Jan 2024
Featured Mon, 5 May 2025

Proses Pengesahan Perkahwinan Marissa, Aslam Ditangguhkan.. Mahu Cari Masa Sesuai Jumpa Abby Abadi

Aslam mengaku konflik keluarga sebelum ini berlaku atas kekhilafannya.

error: Content is protected !!