Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 8, 2024 @ 11:26am

Kisah Ala Korea ‘Dulu Dollah Daebak’ Satukan Sean Lee & Sharifah Rose

Saksikan keserasian Sean Lee dan Sharifah Rose sebagai pasangan di dalam Dulu Dollah Daebak. ‘Chemistry’ antara keduanya bakal membuatkan penonton terpikat dan dibuai dengan kisah dan situasi yang menarik dengan nuansa ala-ala drama Korea.

Kisah bergenre romantik komedi, Dulu Dollah Daebak abersiaran menerusi slot Akasia bermula 8 Ogos 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3 dan strim 24 jam lebih awal melalui aplikasi Tonton atau di laman web www.tonton.com.my.

Selepas tujuh tahun menetap di Australia sejak dari zaman belajar hinggalah sudah bekerja, akhirnya Dolli (Syarifah Rose) mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Ibu Dolli, Shima (Amyza Aznan) menyarankan Dolli pulang ke kampung untuk berehat sebulan dua sebelum kembali mencari pekerjaan baru di Kuala Lumpur. Namun, Dolli menolak, enggan pulang ke kampung kerana dalam masa yang sama Dolli mempunyai matlamat lain iaitu untuk menjejaki kawan sekolahnya, Dollah (Sean Lee).

Dollah dan Dolli merupakan kawan yang akrab sewaktu di zaman persekolahan, tetapi persahabatan mereka terputus setelah Dollah menyambung pelajarannya ke luar negara. Sebagai tanda persahabatan Dollah pernah memberi hadiah berupa ‘keychain’ kepada Dolli. Dolli menyimpan pemberian Dollah itu sehingga kini kerana menganggap hadiah tersebut sangat istimewa baginya. Dolli sering tertanya-tanya di manakah keberadaan Dollah dan apa yang telah berlaku kepada Dollah dan keluarganya ketika beliau berada di luar negara.

Sekembalinya Dolli ke tanah air, beliau berjaya mendapatkan pekerjaan yang bagus di sebuah syarikat. Tanpa disangka, Dolli bekerja dibawah satu bumbung dengan Dollah. Menambahkan keharuan apabila Dolli merupakan bos kepada Dollah. Namun Dolli tidak perasan akan Dollah kerana penampilan Dollah yang kelihatan sangat berbeza dari yang beliau pernah kenali. Malah Dolli tidak putus asa dan masih meneruskan pencariannya walaupun Dollah sebenarnya berada di depan matanya.

Namun sebaliknya bagi Dollah. Beliau mengenali Dolli tapi mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana malu dengan penampilan beliau sekarang. Tambahan dia sering dibuli di pejabat termasuk oleh rakan sepejabat mereka, Risya (Riena Diana). Namun, Dollah menjadi tidak keruan dan rasa tercabar apabila rakan sekerja Dolli, Fattah (Syazuwan Hassan) mula merapati dan menunjukkan minat serta cuba untuk memenangi hati Dolli.

Mampukan Dollah terus menerus menyembunyikan identitinya? Berapa lamakah masa yang diambil untuk Dolli menyedari bahawa dia sudah menemui Dollah? Dapatkah Dollah dapat meluahkan perasaannya terhadap Dolli? Adakah perasaannya dibalas Dolli?

Saksikan kisah romantik komedi, Dulu Dollah Daebak arahan Eoon Shuhaini yang mengandingkan pelakon Sean Lee, Sharifah Rose, Riena Diana, Syazuwan Hassan dan ramai lagi menerusi slot Akasia bermula 8 Ogos 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3 dan strim 24 jam lebih awal melalui aplikasi Tonton atau di laman web www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Jul 2022
Hiburan Sat, 29 Mar 2025

“Fatima Adalah Segalanya, Tiada Masa Untuk Saya Bersedih” – Nur Fazura

Nur Fazura sambut syawal di kampung bersama Fatima, sumber kekuatan buat dirinya

Cahaya Mata Fri, 2 Jun 2023
Hiburan Wed, 7 Jun 2023
Featured Thu, 22 Sep 2022

Tutup Ruangan Komen, Neelofa Kongsi Video Bilal Bermanja Dengan PU Riz – “Hati Ini Bahagia Bila…”

Nampak dah wajah Bilall hehehe, comellnyaa putera tercinta Neelofa dan Pu Riz ni! 😚😚 Moga membesar dengan sihat dan dilindungi olehNya Bilal sayang 🥰

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Cantiknya Sasqia Dahuri Di Majlis Resepsi…

Semoga bahagia hingga ke Jannah, Sasqia dan suami. Insha Allah…

Featured Thu, 25 Sep 2025

“Kalau Kita Terlalu Baik Orang Akan Ulang Kesalahan Sama”- Nabila Razali

Rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan yang diberikan Nabila Razali.

error: Content is protected !!