Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 12, 2024 @ 11:45am

“Saya Tak Tiru Khairul Aming, Tapi Ambil Inspirasi” – Che Sayang Kitchen

Pempengaruh popular, Che Sayang Kitchen menjadikan usahawan dan selebriti media sosial, Khairul Aming sebagai inspirasi dan idola.

Memenangi trofi Creator Of The Year di anugerah TikTok Awards Malaysia 2024, Che Sayang atau nama sebenarnya, Abdul Qayyum Halid menegaskan dia tidak pernah meniru kandungan yang dihasilkan oleh Khairul Aming (KA), namun dia hanya mengambil inspirasi.

“Sejujurnya, saya menjadikan KA sebagai idola. Saya banyak ambil inspirasi menerusi content dan video yang KA hasilkan. Saya tidak meniru, tetapi mengambil inspirasi sahaja.

“Dalam dunia pencipta kandungan, sebenarnya semua TikTok Creator saling berkongsi. Saya sendiri pernah beritahu kepadanya yang saya ambil inspirasi menerusi content dihasilkan KA,” katanya.

Tambah Che Sayang, dia masih dalam proses belajar menjadi pencipta kandungan dan mengambil contoh daripada mereka yang sudah sukses seperti KA.

“Saya budak baru belajar. Masih banyak saya perlu pelajari untuk menjadi pencipta konten, sudah pasti untuk berjaya kita akan ambil contoh dan belajar daripada orang yang sudah berjaya seperti KA.

“Sebenarnya, saya sangat sebak dan terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang trofi Creator Of The Year. Jika dilihat saingan dengan calon sangat hebat. Namun saya pernah berpesan dengan pasukan saya, daripada mengalah lebih baik bekerja keras hasilkan konten yang menarik.

“Mengatasi pencipta konten yang popular seperti Sofyank dan Ryan Bakery sesuatu hal yang mustahil, tetapi Allah telah aturkan segalanya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan berterima kasih,” katanya lagi.

Terdahulu, Che Sayang berjaya menewaskan lima calon lain iaitu sofyank96, sfeashraa, ryanbakery, daddyhood__ dan msqiwiie.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Jul 2018

Anuar Zain ‘Gegar’ Singapura 26 Oktober Depan

Tiket dijual pada harga SGD$228, (RM680), SGD$188 (RM561), $SGD158 (RM471), $SGD128 (RM381) dan $SGD98 (RM292).

Featured Fri, 20 Jun 2025

Nora Danish Luah Rasa Bangga, Anak Sulung Tamat Pengajian Di Kolej Tuanku Jaafar

Nora berharap agar segala ilmu yang diperolehi anaknya itu daoat dimanfaatkan untuk tujuan di dunia dan di akhirat kelak.

Featured Mon, 30 Sep 2024
Trending Mon, 17 Jun 2019

婚礼设「前女友桌」竟有7人现身!

婚礼设「前女友桌」竟有7人现身!网友一看颜值:新郎真会交女友!

error: Content is protected !!