Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain October 5, 2023 @ 12:10pm

Faizal Tahir Kongsi Reaksi Anak Bongsu Gomol Guru Terapi Selepas Sebulan Tak Berjumpa

Penyanyi Faizal Tahir tampil berkongsi reaksi anak bongsunya, Maryam Tahirah yang teruja bertemu guru terapinya selepas sebulan menjalani pembedahan jantung.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Faizal menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Maryam tidak berhenti menggomol wajahnya pada muka guru terapi kesayangannya yang bernama, Aishah.

“Inilah reaksi Maryam setelah lebih sebulan tak jumpa dengan teacher Aishah kesayangan dia di Tender Touch,” tulisnya.

Menurut pelantun lagu Sampai Syurga itu, dia ingin memastikan Maryam konsisten dalam menjalani setiap terapi di pusat perkembangan itu demi mendapatkan impak yang positif.

“Alhamdulillah, walaupun Maryam baru sebulan menjalani pembedahan jantung, kami ingin memastikan terapi Maryam tetap berjalan sepertia biasa, mengikut keupayaan semasa dia.

“Consistency is key in making sure she can achieve her best potential, oleh itu kami akan cuba sedaya upaya untuk tidak terlepas mana-mana kelas dan terapi Maryam terutama pada ‘time window’ (tingkap masa 🤔) yang sangat berharga ini.

“Kita hanya akan nampak impak positif dan maksima dari ‘early intervention’ atau terapi sedari awal ini dengan komitmen yang konsisten. Kerana kunci kepada setiap kejayaan itu adalah konsistensi. InshaAllah.

“Ps: Dah macam Jack-Jack dari The Incredibles daddy tengok,” katanya.

@faizal_tahir Inilah reaksi Maryam setelah lebih sebulan tak jumpa dengan teacher Aishah kesayangan dia di @tender touch ♬ OK – Faizal Tahir

Sebelum ini, Faizal menyatakan Maryam telah membawa perubahan yang sangat besar dalam hidupannya kerana anak bongsunya itu merupakan anak istimewa ‘Down Syndrom’ yang perlu diberikan perhatian sepenuhnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Utamakan Keluarga Berbanding Kerjaya, Kehadiran Maryam Tahirah Ubah Cara Hidup Faizal Tahir

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Fri, 16 Nov 2018
Automobile Mon, 21 May 2018

Datuk Dahlan Zainuddin Terkejut Terima Cek Bernilai RM100,000

Jumlah ini adalah hasil sumbangan peribadi individu bernama Aryan Farhan, orang perseorangan dan sebuah syarikat sebagai tanda penghargaan buat Dahlan yang mengabdikan diri dalam bidang seni sejak 1975.

Featured Sun, 16 Oct 2022
Featured Sat, 29 Jun 2024

Hefny Sahad Akhirnya Tamat Zaman Bujang

Tahniah Hefny! Moga bahagia hingga ke syurga❤️

error: Content is protected !!