Euforia Bola 2026
Contest By: Salma Syahbuddin November 16, 2018 @ 6:08pm

#jommenangxtra : Hadiah Lumayan Daripada Dora The Explorer Menanti Anda

Sejak tahun 2010, produksi Life Like Touring dari Nickelodeon, Dora the Explorer LIVE! Search for the City of Lost Toys telah menghiburkan kanak-kanak seluruh dunia. Setelah berjaya menjelajah banyak tempat-tempat baharu dan eksotik dengan menyelesaikan teka-teki, Dora the Explorer kini akan meneruskan satu lagi pengembaraan baru ke pentas Resorts World Genting November ini!

Membuat kemunculan pertama di pentas pertunjukan pada 24 November 2018, persembahan ini bakal berlangsung sehingga 1 Januari 2019. Produksi tersebut bakal dipentaskan di Genting International Showroom dengan satu misi. Kali ini, Dora telah kehilangan beruang teddy Osito miliknya dan dia memerlukan pertolongan untuk mencari Teddy kembali. Jadi dapatkah Dora menyelesaikan misinya itu, jom kita sama-sama saksikan persembahan Dora dan rakan-rakannya.

Opsss! Sebelum kita teruskan misi mencari Teddy, kami di xtra.com.my akan berikan tiket secara percuma kepada tiga orang yang bertuah menjawab soalan yang telah disediakan.

Dan, semestinya hadiah yang ditawarkan pun sangat lumayan! Rugi tau kalau korang tak join contest ni!

Set pentas berlatar belakangkan hutan dipenuhi cabaran, pengembaraan Dora akan diiringi muzik serta berbekalkan peta, Boots, beg galas, Diego dan rakan-rakan untuk mendapatkan kembali Osito. Ia bukan tugasan yang mudah, tambahan pula si musang licik bernama Swiper merancang untuk mengagalkan Dora dalam apa jua cara. Memukau penonton menerusi lagu-lagu, tarian dan menyelesaikan teka-teki, Dora pasti akan berjaya dan akhirnya akan menyanyi – We Did It!

Dihasilkan dengan kerjasama Life Like Touring dan Nickelodeon serta diilhamkan oleh pencipta bersama rancangan televisyen Dora the Explorer, Chris Gifford, Dora the Explorer LIVE! Search for the City of Lost Toys kali pertama membuat pertayangan perdana di Melbourne, Australia pada tahun 2010 dan ia telah menjelajah ke lebih 15 buah negara sejak itu serta menghiburkan lebih daripada dua juta kanak-kanak di seluruh dunia. Membuat kemunculan pertama di Resorts World Genting, 14 pelakon dan kru akan berlakon, menyanyi dan menari dengan mempersembahkan 18 lagu menerusi pertunjukan selama 90 minit (dengan masa rehat 15 minit). Lagu-lagu yang didendangkan dalam siri televisyen diolah khas untuk dipadankan dengan persembahan langsung.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 21 Apr 2018

DJ Avicii Meninggal Dunia

Saya melihat beliau sekali lagi keesokan harinya dan Avicii sangat peramah, rendah diri dan turut bergambar bersama…

Hiburan Sun, 7 Sep 2025
Hiburan Wed, 27 Dec 2017

MJ假死?被指乔装打扮现身侄儿婚礼

美国流行乐坛天王迈克尔·杰克逊(Michael Jackson – MJ)逝世至今已经有八年之久,但最近仍有粉丝怀疑MJ并没有去世,而且还乔装打扮现身侄儿的婚礼!

Hiburan Thu, 28 Feb 2019

Asyik Tertukar Aliff, Isteri Alif Satar Pula Kritik Netizen?

Yassss! benda lama bila dah tegur takkan nak buat lagi kot

Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Hiburan Fri, 14 Sep 2018

Rakan Dedah Accapan Sangat Merendah Diri Dan Tidak Berkira

Bekerjasama dalam sitkom yang bermula pada tahun 1985, Angeline memberitahu mendiang seorang yang gemar berkongsi ilmu ketika bekerja.

error: Content is protected !!