Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi December 9, 2023 @ 12:00pm

Dah Seminggu Dibedah, Ibnor Riza Masih Belum Sedarkan Diri… Isteri Maklum Keadaan Kritikal

Keadaan penyanyi Ibnor Riza kini dilaporkan masih belum sedarkan diri biarpun sudah menjalani pembedahan membuang air di kepala, kira-kira seminggu lalu.

Menurut laporan Berita Harian, isteri-isteri Ibnor iaitu Norhayati Mohd Nor dan Sarimah Suleiman memaklumkan perkembangan Ibnor sangat perlahan.

Justeru itu, mereka memohon orang ramai mendoakan kesembuhan Ibnor yang dilaporkan kritikal.

“Kami mohon semua orang doakan keadaan suami yang agak kritikal. Setakat ini, dia gerakkan mata. Doktor beritahu perkembangnya sangat perlahan.

“Sebelum ini, doktor beritahu suami perlu jalani rawatan dialisis kerana kandungan toksin meningkat. Tetapi, tadi, kami dipanggil dan diberitahu buat masa ini, suami tidak perlu lagi jalani rawatan itu.

“Ada kuman yang mengakibatkan komplikasi kepada organ lain termasuk buah pinggang suami,” katanya.

Sabtu lalu, Ibnor menjalani pembedahan membuang air di kepala di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Bandar Tun Razak, Cheras selepas mengadu sakit kepala.

Pada 10 November lalu, penyanyi itu menjalani kimoterapi R-ICE di hospital sama tetapi mengalami demam yang berpanjangan selepas rawatan.

Ibnor juga dilaporkan sudah melalui proses kemoterapi sebanyak sembilan kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Hidap 6 Penyakit Kronik, Ibnor Riza Kini Ditidurkan

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Bengkak Dileher, Ibnor Riza Disahkan Hidap Kanser Limfoma – “Jantung Saya Akan Berhenti Pada…”

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Nelydia Senrose Kahwin Esok?

Selamat Pengantin Baharu Nelydia & Hafiz!

Hiburan Mon, 6 Oct 2025

“Kekal Kental Bersama”: NESCAFÉ Raikan Semangat Juang Rakyat Malaysia

Sempena Hari Kopi Sedunia, NESCAFÉ Malaysia meraikan semangat dan ketabahan rakyat Malaysia melalui kempen aspirasi “Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama”, simbol kekuatan, perpaduan dan semangat untuk terus maju ke hadapan. Kempen ini turut menampilkan […]

Hiburan Sun, 3 Nov 2024
Trending Tue, 22 Dec 2020
Featured Wed, 8 Dec 2021

Bayi Perempuan 4 Bulan Lemah, Pucat Sebelum Meninggal Dunia

Seorang bayi perempuan berusia empat bulan yang dilaporkan lemah ketika berada di rumah pengasuhnya, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban pada Selasa. Terdahulu, pengasuh itu menghubungi ibu bayi itu pada […]

Trending Sun, 17 Feb 2019

Resorts World Genting Spreads the Love this Valentine’s Day to 150 Hospitalised Children

What better way to celebrate this day of love than making sick children feel better?

Trending Mon, 4 Jan 2021
error: Content is protected !!