Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 14, 2024 @ 8:44pm

20.3 Juta Tontonan Video Di Platform Digital, TV3 Berjaya Menawan Hati Generasi Z Dengan TikTok Awards Malaysia 2024

Kemeriahan tahun kedua TikTok Awards Malaysia hasil kolaborasi TikTok dan TV3 terbukti dengan pencapaian hebat 20.3 juta tontonan video di platform digital TV3!

Malam anugerah gilang gemilang ini telah meraikan seramai 14 bintang-bintang baharu pencipta kandungan (content creators) TikTok dan diumumkan melalui TikTok Awards Malaysia 2024 yang bersiaran langsung di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia dari Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) Kuala Lumpur pada 11 Ogos 2024.

Kandungan di seluruh platform media sosial dibawah jenama Media Prima Berhad telah menunjukkan impak luar biasa apabila berjaya menarik perhatian lebih 20.3 juta tontonan video (social media video views) setakat 12 Ogos 2024.

Pencapaian ini juga mencatat 6.7 peratus kadar penglibatan setiap tera (engagement rate per impression) dengan lebih 9.7 juta interaksi di semua platform TV3. Kandungan yang dihasilkan ini meraih perhatian pelbagai generasi termasuk Generasi Z dengan 51% kandungan berunsur kekaguman dan 34 peratus pula berunsur kegembiraan (sumber: aplikasi Brand24).

Menerusi capaian penonton dan data dari media sosial, jelas menunjukkan TV3 berjaya memikat golongan Generasi Z di samping mengukuhkan jenamanya dikalangan pasaran massa, selari dengan status TV3 sebagai stesen nombor 1 negara yang sentiasa bersamamu dan kekal relevan.

Kategori yang dinanti-nantikan iaitu Creator of the Year telah dirangkul oleh Che Sayang (@chesayang_kitchen) dan malam anugerah itu berakhir dengan ucapannya yang memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terus bermimpi dan berusaha dalam mencapai impian masing-masing.

Che Sayang atau nama sebenarnya Abdul Qayyum Halid membawa pulang hadiah berbentuk trofi dan telefon pintar tajaan Siri Honor 200 5G. Semua pemenang bagi setiap kategori juga membawa pulang hadiah trofi, manakala pemenang kategori Beauty & Fashion Creator of the Year memenangi hadiah trofi dan wang tunai RM10,000 tajaan The Raw.

TikTok Awards Malaysia 2024 dianjurkan oleh TV3, dikuasakan oleh Siri HONOR 200 5G (Penaja utama), didominasikan oleh The Raw Skincare (Penaja bersama), diraikan oleh TikTok Shop (Rakan penaja), dihubungkan oleh U Mobile 5G (Rakan penaja) dan disinarkan oleh TRESemmé (Rakan penaja).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Aug 2019
Featured Thu, 12 Oct 2023
Hiburan Fri, 2 Mar 2018

Lazada To Sell G-Dragon Limited Edition Merchandise!

G-Dragon has started his mandatory military service this week but he has prepared a special present for all of his fans!

Hiburan Thu, 2 Jan 2020
Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Contohi Ruffedge, Munir Idam Phyne Ballerz Buat Comeback

Kalau kita lihat lagu-lagu zaman sekarang, banyak yang meleleh-leleh. Mungkin kami boleh cuba rakam lagu ‘R&B Meleleh’, siapa tahu kena dengan selera pendengar kan?

error: Content is protected !!